Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c

FORMULA NI UNTUK ORANG BISNES

Untuk anda yang ada buat bisnes, Mentor saya Najib Asaddok tekankan formula ni sebagai rujukan untuk buat bisnes jadi lebih 'grow'. Apa dia formula ( ITM ) tu? Okay, jom baca dulu. I - ILMU Guru saya cakap.. Ilmu yang kita ada ni akan menentukan berapa sales yang kita akan dapat.  Kalau kita tahu nak buat tu jer, tu jer lah kita akan dapat. Cuba kalau macam-macam cara kita tahu, kan ada banyak idea nak buat tu? Dan lagi satu, bila ada ilmu ni, kita akan dapat tahu mana satu yang betul dan mana satu yang salah. Jadi risiko nak rugi tu dapat dikurangkan. T- TEAM Kita tak boleh berjaya sorang-sorang. Boleh nak berjaya, tapi lambat la. Kita mesti mintak tolong orang lain jugak.  Bila buat kerja ramai-ramai, cepat la siap kerja kita tu. Macam tu jugak dengan bisnes, kita kena ada pekerja/ team /staff. Kita upah je mereka ni, dan mereka ni akan tolong uruskan untuk kita. Kalau anda perasan, bisnes pun secara tak langsung boleh buka peluang pekerjaan untuk orang

5 CIRI ORANG BERJAYA

Mesti anda nak tahu kan, apa ciri-ciri yang ada pada orang-orang yang dah berjaya ni. Contoh macam Bill Gates, Elon Musk, Tony Fernandes, Mark Zuckerberg dan lain-lain.. Mesti ada 'something special' pada mereka. Mesti ada tabiat yang mereka selalu amalkan sampai mereka tu boleh berjaya giler sekarang. Kalau tengok sejarah hidup mereka dulu, mereka pun pernah jugak susah dan hidup biasa-biasa. Di mana ada kemahuan, di situ akan ada jalan untuk anda capai Sapa yang tak nak berjaya kan? Bagi saya, semua orang boleh berjaya selagi mereka ada keinginan yang kuat dan berani buat keputusan 'Aku nak berjaya' .. 5 ciri orang berjaya ni Sifu saya yang kongsikan dekat saya.  Jadi, saya nak kongsikan pada anda. Mana tahu boleh jadi inspirasi ke.. Jom baca sampai habis. 1)TAHU APA NAK CAPAI Orang berjaya ni, mereka tahu apa yang mereka nak capai dalam masa 1 tahun, 3 tahun, dan 5 tahun akan datang. Mereka dah nampak dengan jelas benda tu.  Apa yang mereka

BENGANG AKAN PAKSA KITA UBAH HIDUP

Anda teringin nak ubah hidup dari biasa-biasa ke luar biasa? Apa kata anda jawab 3 soalan kat bawah ni dulu. 1) APA 10 PERKARA YANG ANDA BENGANG? Dalam hidup, mesti ada banyak benda yang anda tak capai lagi, mesti ada sesuatu yang buat anda betul-betul bengang. Mungkin dari segi duit, mungkin dari segi tahap kesihatan anda sekarang, mungkin hubungan sesama keluarga ataupun dari segi ibadah anda. Apa kata anda ambil 1 helai kertas dan tuliskan 10 benda yang anda paling bengang.  Sebagai contoh, anda bengang bila ada orang hina keluarga anda, anda bengang bila tak dapat bawa lagi parents pergi umrah, anda bengang sebab selalu 'miss' solat berjemaah. Tuliskan je semua tu dalam 1 kertas baru anda akan nampak dengan lebih jelas. Bengang tu perlu untuk tolak kita jadi lebih baik tiap hari 2) APA YANG ANDA NAK CAPAI? Jangan biarkan bengang tu lama-lama. Anda kena cepat-cepat tulis pula apa yang anda nak capai dan nak buktikan pada orang sekeliling yang anda

CARA NAK KURANGKAN RASA MALU

Setiap orang mesti ada perasaan malu termasuk lah diri saya sendiri. Itu normal. Kalau takde rasa malu pun susah nanti. Malu itu sebahagian dari iman dan menjadi benteng dari kejahatan. Tetapi anda kena faham, kita hanya perlu malu bila dalam hal-hal yang melibatkan dosa atau maksiat. Masa itu, perlu untuk kita rasa malu sebab Allah sentiasa memerhatikan apa yang kita buat. Masalahnya sekarang, ramai dari kita yang malu bila nak buat benda baik. Malu nak bercakap, malu nak bertanya dan lain-lain lagi. Malu itu mesti kena pada tempatnya. Saya bagi contoh, bila kita buat assignment, atau kerja sekolah, ada soalan yang perlukan kita bertanya kawan, tetapi sebab kita rasa malu nak tanya, kita tak tanya pun. Last last yang rugi ialah diri kita. Sedangkan bila kita ada masalah, kita tak perlu nak malu untuk bertanya mereka yang tahu jawapannya. Sebenarnya mereka tu lagi suka untuk ajar kita. Malu bertanya sesat jalan Jadi apa nak buat supaya perasaan malu ni tak j

MANUSIA ADA 8 JENIS PERASAAN

Dalam bisnes, apa yang Sifu saya pesan, kita kena fokus lebih pada manusia atau bakal pelanggan sebab mereka lah yang nak keluarkan duit untuk beli dengan kita. Ramai orang bila bisnes ni, mereka dah tersalah faham. Mereka banyak fokus pada kelebihan produk yang mereka jual. Sebenarnya bukan macam tu. Kenapa saya cakap jangan fokus pada produk dulu? Sebab kebanyakan orang bisnes ni produk mereka memang banyak yang dah bagus dan kualiti pun 'tip-top'. Tapi, anda kena tahu, yang nak beli produk kita tu adalah manusia yang ada perasaan.  Jadi, kita kena 'ganggu gugat' emosi mereka dulu dan bukannya cerita lebih-lebih pasal produk yang kita jual. Bila bercerita, jangan anggap benda remeh tu tak penting. Mungkin pelanggan kita sangat perlukan info tu. Tugas kita menyampaikan benda baik dan betul. Pengalaman saya, bila kita banyak fokus pasal produk, kita akan syok sendiri.  Kadang-kadang fakta pelik-pelik habis semua kita cerita pada pelanggan. Kadang-kadang me

CARA NAK KURANGKAN RASA 'DOWN'

Lumrah hidup, setiap hari kita tak dapat lari dari perasaan nak putus asa, rasa nak give up, rasa malas, tension dan sebagainya. Itu NORMAL. Sebenarnya itu semua adalah  UJIAN   yang Allah bagi dekat kita sebab Dia sayangkan kita 90% yang halang  kita untuk berjaya bukan datang dari orang lain pun. tapi halangan tu datang dari dalam diri kita sendiri! Ye. Yakinlah hidup ni penuh dengan ujian. Lagi berat ujian yang kita terima, lagi hebat kita akan berjaya di masa akan datang! Kita tak boleh nak hilangkan rasa nak down tu 100%, tapi kita boleh kurangkan je Hidup ni kalau takde tekanan, takde orang push, takde ujian, kita pun susah nak berjaya. Setuju tak? Takde semua tu, kita akan rasa selesa je dalam 'Comfort Zone' kita. Sebab tu kena ada ujian. Setiap hari kita bersaing dengan diri kita. Nak give up atau nak berjaya. Itu pilihan kita Cuba bayangkan kalau layang-layang takde angin yang kuat, macam mana dia nak terbang tinggi kat awan sana?  Sama jugak dengan b

NAK BERJAYA KENA BEKORBAN

Nak berjaya ni bukan senang. Perlukan komitmen yang tinggi, dan sikap yang tak pernah kenal erti putus asa. Mereka yang berjaya juga pernah gagal. Tapi yang membezakan dengan kita ialah bila mereka gagal, mereka cepat cepat bangun dan teruskan capai apa yang mereka nak. Mereka nampak dengan jelas apa yang mereka nak. Sebab tu bagi mereka, masalah tu adalah satu tolakan untuk dia lagi ke depan. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah Kesilapan yang mereka pernah buat itulah, mereka belajar semula, tengok apa kelemahan yang ada dan terus ke depan. Mereka tidak pernah kenal erti putus asa. Kadang-kadang kita tak tahu, sebenarnya sikit je lagi kejayaan tu nak sampai dekat kita tapi kita dah berhenti sekerat jalan. Orang berjaya, mereka tahu mulakan sesuatu, mereka juga tahu nak habiskan benda tu sampai dapat hasil yang mereka nak. Semoga bermanfaat untuk anda! -AmmarFadzil-

BISNES KENA BAGITAHU ORANG

Anda ada buat bisnes? Nak saya kongsikan 4 kunci penting bila buat marketing guna cara online tak? Ilmu ni saya dapat masa pergi Seminar Roket Bisnes kelas mentor saya iaitu Najib Asaddok.  Okay, jom baca! Tujuan bisnes ialah selesaikan masalah orang, mudahkan urusan orang, tambah nilai pada kehidupan mereka. Pertama, anda kena faham dulu apa itu marketing. Marketing ni konsepnya ialah bagi orang nampak dan tahu tentang bisnes yang anda buat. Banyak cara nak bagi orang nampak ni sama ada secara online ataupun offline. Kalau online contoh anda guna facebook dan share pasal apa yang anda jual. D an kalau offline pula biasanya guna flyers, banner, radio dan sebagainya. Bila anda jaga hubungan dengan Yang Maha Esa, marketing jadi lebih mudah kerana Dia yang gerakkan hati-hati manusia untuk beli dengan kita. Contoh saya bagi, anda ada buka 1 restoran di suatu kawasan perumahan yang ada 1,000 orang penduduk. Tetapi anda cuma satu satunya restoran yang ada di kawasan pe

KENAPA NIAT TU PENTING?

Mesti anda pernah dengar kan, setiap perbuatan itu bermula dari niatnya. Jika kita niat untuk berbuat baik, kita akan dibalas baik dan sama juga bila sebaliknya. Niat tu bermula dari hati. Jika hati orang tu baik, pasti dia akan didorong kuat untuk berbuat baik. Islam tu sangat indah. Saya teringat pesan ustaz saya, bila kita niat nak buat baik, akan tertulis satu pahala untuk kita walaupun kita belum pun buat lagi.  Tapi bila kita niat nak buat dosa dan tak jadi nak buat dosa, kita tak dikira sebagai berdosa pun. Sungguh hebatnya islam menggalakkan kita berbuat baik. Apa yang kita fikir, cakap, rasa semua tu doa yang pasti akan dimakbulkan Tuhan. Jagalah diri sebaiknya.  Saya bagi contoh. K alau kita nak buat bisnes, jika kita niat nak jadi kaya dan nak duit semata-mata, kita insyaAllah takkan jadi kaya. Hah? Bukan ke bisnes memang untuk dapat untung? Ye. Memang untuk dapat duit. Tapi jika kita hanya fokus hanya untuk dapat duit, kita akan sanggup buat apa sahaja termasu

YANG DAH LEPAS USAH DIKENANG

Setiap orang mesti ada kisah silam masing-masing. Sama ada ia baik ataupun sebaliknya. Tetapi apa yang lepas ia sudahpun berlalu. Apa yang penting sekarang, kita kena 'move on' ke depan dengan lebih laju Hidup ini umpama kita kayuh basikal. Jika kita berhenti mengayuh, kita pasti akan jatuh. Kita mesti teruskan mengayuh laju dan laju ke depan kerana banyak peluang, impian yang sedang menunggu kita di sana. Jadi, apa yang perlu kita buat? 1) Kisah silam itu kita boleh dijadikan pengajaran /ikhtibar untuk diri sendiri dan orang sekeliling kita. 2) Pastikan kesilapan yang pernah kita buat itu sebagai 'batu loncatan' untuk kita lebih berjaya. 3) Banyakkan istighfar dan berdoa supaya diberikan kekuatan untuk tidak mengulangi kesilapan yang lepas. Semoga bermanfaat untuk anda!

PENTING KE RASA YAKIN NI?

Rasa yakin atau konfiden ni sangat penting. Bila kita yakin, kita akan buat sesuatu dengan tenang dan bersungguh-sungguh!  Contoh: Bila kita dijemput ke suatu majlis grand, tapi kita hanya pakai baju t-shirt biasa dan selipar sedangkan orang lain pakai baju yang lebih ‘gah’   seperti blazer.. Apa yang anda akan rasa masa tu? Mesti anda akan rasa malu, rasa rendah diri, takut nak bergaul dengan orang. Lagi bagus sebenarnya jika rasa YAKIN ni datang dari dalam diri kita dan bukannya bergantung pada PAKAIAN seperti contoh kat atas ni. Jadi, kalau anda nak tahu cara nak YAKIN ni macam mana, apa kata anda mulakan dengan 3 cara ni dulu. 1) CARI ILMU ·          Pergi Seminar/Bengkel/Workshop ·          Baca buku motivasi ·          Cari ilmu di Google/ Blog (Pastikan anda pilih sumber yang sahih dan datang dari orang yang biasa anda nampak dan percaya. Pastikan juga kelas seminar yang anda pergi tu ada video testimoni berjaya. Itu lebih bagus). Selagi k