Skip to main content

BENGANG AKAN PAKSA KITA UBAH HIDUP




Anda teringin nak ubah hidup dari biasa-biasa ke luar biasa? Apa kata anda jawab 3 soalan kat bawah ni dulu.


1) APA 10 PERKARA YANG ANDA BENGANG?

Dalam hidup, mesti ada banyak benda yang anda tak capai lagi, mesti ada sesuatu yang buat anda betul-betul bengang.

Mungkin dari segi duit, mungkin dari segi tahap kesihatan anda sekarang, mungkin hubungan sesama keluarga ataupun dari segi ibadah anda.

Apa kata anda ambil 1 helai kertas dan tuliskan 10 benda yang anda paling bengang. 

Sebagai contoh, anda bengang bila ada orang hina keluarga anda, anda bengang bila tak dapat bawa lagi parents pergi umrah, anda bengang sebab selalu 'miss' solat berjemaah.

Tuliskan je semua tu dalam 1 kertas baru anda akan nampak dengan lebih jelas.


Bengang tu perlu untuk tolak kita jadi lebih baik tiap hari


2) APA YANG ANDA NAK CAPAI?

Jangan biarkan bengang tu lama-lama. Anda kena cepat-cepat tulis pula apa yang anda nak capai dan nak buktikan pada orang sekeliling yang anda pun akan berjaya suatu hari nanti!

Contoh kalau anda bengang tak dapat bawa parents pergi umrah lagi, tuliskan bila anda nak bawa mereka pergi umrah. Contohnya anda nak bawak parents anda pada tarikh 1/1/2020, naik pakej apa, kos semua tu berapa.

Bila anda dah 'start' tulis, anda sebenarnya dah buat 1 keputusan untuk tentukan ke mana hala tuju anda pada masa akan datang. 


Keputusan ibarat 'waze' .Kalau anda tak letak destinasi mana anda nak pergi, anda mungkin akan sesat di tengah jalan!

Jadi, saya cadangkan anda tulis dan bayangkan yang anda dah bawa parents anda tu kat sana. Itu semua adalah doa yang Allah akan kabulkan.


Bila kita tak ulang baca matlamat tiap-tiap hari, saat itulah kita akan mula sibuk tentang masalah orang



3) APA YANG PERLU ANDA BUAT?

Lepas tu anda senaraikan pula apa tindakan yang anda perlu buat sekarang. Mulakan dengan langkah yang kecil tetapi ianya konsisten berjalan tiap hari.

Contoh anda mungkin kena buat kerja part time, buat bisnes kecil-kecilan, buat servis grab atau apa sahaja perkara yang membolehkan anda untuk capaikan impian mereka ni. Yang pastinya kerja tu mesti lah halal. Baru berkat!


Bila kita nak sesuatu dengan sungguh-sungguh, otak kita akan mula cari jalan untuk dapatkan benda tu.


Itu sahaja perkongsian saya kali ni. Saya doakan anda dapat capai impian anda tu dan jadi luar biasa.


 -AmmarFadzil-

Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...