Skip to main content

CARA NAK KURANGKAN RASA 'DOWN'

Lumrah hidup, setiap hari kita tak dapat lari dari perasaan nak putus asa, rasa nak give up, rasa malas, tension dan sebagainya. Itu NORMAL.

Sebenarnya itu semua adalah UJIAN yang Allah bagi dekat kita sebab Dia sayangkan kita

90% yang halang kita untuk berjaya bukan datang dari orang lain pun. tapi halangan tu datang dari dalam diri kita sendiri!

Ye. Yakinlah hidup ni penuh dengan ujian. Lagi berat ujian yang kita terima, lagi hebat kita akan berjaya di masa akan datang!

Kita tak boleh nak hilangkan rasa nak down tu 100%, tapi kita boleh kurangkan je

Hidup ni kalau takde tekanan, takde orang push, takde ujian, kita pun susah nak berjaya. Setuju tak? Takde semua tu, kita akan rasa selesa je dalam 'Comfort Zone' kita. Sebab tu kena ada ujian.

Setiap hari kita bersaing dengan diri kita. Nak give up atau nak berjaya. Itu pilihan kita

Cuba bayangkan kalau layang-layang takde angin yang kuat, macam mana dia nak terbang tinggi kat awan sana? 

Sama jugak dengan beras yang kita ada sekarang, kalau takde tekanan dari dalam 'rice cooker' yang boleh buat air tu jadi mendidih dan paksa beras tu jadi nasi, anda rasa boleh ke nasi tu masak dan jadi sesedap tu?

Nak berjaya pun kena bayar yurannya iaitu yuran pengorbanan dan tak mudah putus asa.

Sebelum tu, anda kena tahu kenapa UJIAN ni datang pada kita:

1) Allah bagi ujian tu untuk naikkan darjat kita ke satu 'level' yang lebih tinggi.Dia tak nak kita jadi biasa-biasa dah. Dia nak kita jadi LUAR BIASA.

2) Dia nak kita jadi hamba Dia yang lebih bersyukur. Bila kita faham betapa susahnya nak dapat sesuatu, kita akan lebih hargai benda tu bila kita dah dapat.Jadi takdelah istilah kita lupa diri nanti.

Lagi banyak kita bersyukur, lagi banyak nikmat yang Dia akan turunkan untuk kita.

3) Dia nak kita lebih dewasa dan matang.Dengan ujian yang kita terima tu, kita dapat kongsi dengan orang sekeliling kita supaya mereka pun akan terus positif. Bila kita dah rasa benda tu,sebenarnya lagi senang nak share dengan orang.

Allah takkan uji hambanya itu kalau mereka sendiri tak mampu nak hadapinya..


Jadi.. apa nak buat bila datangnya ujian-ujian tu? Kita kena lah bersedia nak hadapi ujian-ujian tu dengan ILMU barulah hati akan rasa tenang..Teruskan baca kat bawah

1) JAGA HUBUNGAN DENGAN YANG MAHA ESA

Ujian tu semua Dia yang beri, Dia yang turunkan. Jadi nak tak nak kita kena mesti berbalik pada Dia untuk mintak jalan keluar dan dipermudahkan untuk hadapi ujian-ujian tu.

  • Jaga solat
  • Istighfar
  • Selawat
  • Solat Tahajjud
  • Berdoa   
Ya Allah.. Engkau mudahkanlah diri ini untuk hadapi ujian-ujian dariMu..



2) TENGOK WAJAH PARENTS

Bila kita tengok wajah orang yang kita sayang ni, kita akan rasa lagi bersemangat untuk berjaya.

Kita akan rasa 'Tak patut dan tak layak aku ni nak rasa 'down' sebab mereka pun dah banyak berkorban untuk aku selama ni..

Kita akan rasa 'Aku mesti buktikan pada mereka yang Aku ni mesti berjaya supaya dapat tolong mereka suatu hari nanti..'


3) KONGSI KEBAIKAN PADA ORANG LAIN

Bila kita gembirakan orang, Allah akan gembirakan kita. Lagi banyak kita memberi pada orang, Allah akan turunkan kasih sayangnya dekat kita. Dia akan tolong kita. Percayalah..


4) DENGAR LAGU SEMANGAT

Anda boleh dengar lagu-lagu semangat contoh macam lagu Gemuruh-Faizal Tahir, lagu Gemilang- Jaclyn Victor  dan lagu-lagu yang yang lain. Download jer JOOX tu.

Kalau kita fahamkan betul-betul maksud di sebalik lirik tu, kita akan terangsang untuk jadi lagi semangat.

Nak lagi bagus, anda boleh jugak dengar alunan zikir, lagu nasyid yang dapat membuatkan hati kita jadi lagi tenang.


Itu sahaja untuk kali ni.Saya doakan anda semua sentiasa diberikan kekuatan diri untuk hadapi ujian-ujian yang mendatang..

Dan jangan lupa untuk SHARE dengan kawan-kawan yang lain ilmu ni. Mana tahu mereka tengah down dan jadi semangat bila baca info yang anda share ni..

Sebaik-baik orang adalah mereka yang beri manfaat pada orang lain..

'Anda kaya & Berjaya!'

-AmmarFadzil-













Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...