Mesti anda nak tahu kan, apa ciri-ciri yang ada pada orang-orang yang dah berjaya ni.
Contoh macam Bill Gates, Elon Musk, Tony Fernandes, Mark Zuckerberg dan lain-lain.. Mesti ada 'something special' pada mereka.
Mesti ada tabiat yang mereka selalu amalkan sampai mereka tu boleh berjaya giler sekarang.
Kalau tengok sejarah hidup mereka dulu, mereka pun pernah jugak susah dan hidup biasa-biasa.
Di mana ada kemahuan, di situ akan ada jalan untuk anda capai
Sapa yang tak nak berjaya kan? Bagi saya, semua orang boleh berjaya selagi mereka ada keinginan yang kuat dan berani buat keputusan 'Aku nak berjaya' ..
5 ciri orang berjaya ni Sifu saya yang kongsikan dekat saya. Jadi, saya nak kongsikan pada anda. Mana tahu boleh jadi inspirasi ke.. Jom baca sampai habis.
1)TAHU APA NAK CAPAI
Orang berjaya ni, mereka tahu apa yang mereka nak capai dalam masa 1 tahun, 3 tahun, dan 5 tahun akan datang. Mereka dah nampak dengan jelas benda tu.
Apa yang mereka nak tu, mereka tak bayangkan kosong macam tu je, mereka akan tulis dalam 1 buku dan baca matlamat tu tiap-tiap hari.
Repetition is a mother of success
Bila baca tiap hari, semangat mereka akan sentiasa terbakar. Sebab tu tindakan mereka sangat laju sebab hidup mereka ada tujuan.
Kalau orang lain boleh dapat benda tu, kenapa kita tak boleh? Kita semua sama, tiada beza.
Bila anda ada matlamat, anda akan sanggup langgar apa sahaja jenis tembok yang halang anda dari nak dapatkan benda tu.
2) BERTANGGUNGJAWAB DENGAN DIRI SENDIRI
Orang berjaya ni, bila dia dah buat silap, dia takkan salahkan orang lain. Sebaliknya, dia akan salahkan diri sendiri.
Dia akan duduk sorang-sorang dan check balik apa salah yang dia dah buat. Dan dia akan fikir macam mana nak betulkan balik benda tu.
Dan yang paling bestnya ialah.. Bila mereka dah pernah buat silap, mereka akan pastikan orang sekeliling mereka tak kan buat silap macam yang mereka dah pernah buat.
3) BERDISIPLIN
Orang berjaya ni sangat konsisten buat sesuatu benda walaupun benda tu kecil. Bagi mereka bukan soal kuantiti tapi ianya mesti berterusan tiap-tiap hari.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
4) SUKA 'IMPROVE' DIRI
Bagi mereka, rasa nak putus asa atau rasa nak give up tu takde dalam diri mereka. Kalau ada pun, mereka takkan layan atau orang kata, buat bodoh je.
Mereka juga akan pastikan apa yang mereka buat tu ada manfaat untuk masa mereka. Kalau takde, mereka akan tinggalkan serta merta.
Perfection tak penting, yang penting ialah Progression
5) SUKA MEMBACA
Mereka juga suka belajar benda baru tiap hari, sebab mereka tahu ilmu tu sangat penting.
Orang berjaya sangat cintakan ilmu. Mereka suka melabur duit dengan ilmu pengetahuan.
Ilmu ibarat cahaya yang menerangi jalan
Contoh saya bagi, cuba tengok negara Jepun. Kenapa mereka sangat maju ke depan?
Sebab mereka ada ilmu. Walaupun negara mereka tak ada sumber macam minyak, biji timah semua tu, tapi dengan ilmu tu tadi, membuatkan mereka disegani di seluruh dunia.
Bila anda berhenti belajar, saat itulah anda akan jatuh
Itu sahaja perkongsian saya untuk tajuk kali ini. Anda boleh jugak baca blog saya yang sebelum-sebelum ni ya.
Jangan lupa SHARE kalau anda rasa ilmu ni bermanfaat.
-AmmarFadzil-
Comments
Post a Comment