Skip to main content

CARA NAK KURANGKAN RASA MALU





Setiap orang mesti ada perasaan malu termasuk lah diri saya sendiri. Itu normal. Kalau takde rasa malu pun susah nanti.


Malu itu sebahagian dari iman dan menjadi benteng dari kejahatan.

Tetapi anda kena faham, kita hanya perlu malu bila dalam hal-hal yang melibatkan dosa atau maksiat. Masa itu, perlu untuk kita rasa malu sebab Allah sentiasa memerhatikan apa yang kita buat.

Masalahnya sekarang, ramai dari kita yang malu bila nak buat benda baik. Malu nak bercakap, malu nak bertanya dan lain-lain lagi.


Malu itu mesti kena pada tempatnya.

Saya bagi contoh, bila kita buat assignment, atau kerja sekolah, ada soalan yang perlukan kita bertanya kawan, tetapi sebab kita rasa malu nak tanya, kita tak tanya pun.

Last last yang rugi ialah diri kita. Sedangkan bila kita ada masalah, kita tak perlu nak malu untuk bertanya mereka yang tahu jawapannya. Sebenarnya mereka tu lagi suka untuk ajar kita.


Malu bertanya sesat jalan

Jadi apa nak buat supaya perasaan malu ni tak jadi penghalang diri kita untuk jadi lebih berjaya? Jom baca kat bawah ni.



1) JADI DIRI SENDIRI

Orang mat saleh cakap ' Just be Yourself '.. Ye. Anda mesti jadi diri sendiri. Tak perlu nak berlakon dan tiru gaya orang lain. Anda adalah diri anda. Anda ada keistimewaan yang orang lain tak ada.

Jangan fikir apa orang akan kata pada anda. Itu tak penting. Anda buat sahaja apa yang anda rasa selesa. Bila anda fikir apa orang akan cakap, anda akan rasa nak 'perfect' dalam semua benda.


2) NIAT NAK TOLONG ORANG

Saya bagi 1 contoh situasi. Anda tengah jalan sorang-sorang dan tiba-tiba anda terdengar ada sorang pakcik tua jerit mintak tolong sebab kaki dia berdarah.Apa yang anda akan buat masa tu?

Adakah anda akan lari dari dia sebab malu atau anda akan tolong jugak sebab kasihankan pakcik tu? Ye. Saya yakin yang anda akan tolong pakcik tu. Yelah kalau tak tolong, berdosa kot..

Jadi, pastikan niat anda tu dalam 'mood' sentiasa nak tolong orang, nak tolong keluarga atau nak tolong diri sendiri. InsyaAllah lama-lama akan kurang la rasa malu tu.


Malu nak buat baik boleh merugikan diri kita



3) BUAT TINDAKAN

Nike dah pesan dah ' Just Do It '.. Anda buat je apa anda nak buat. Selagi anda tak cuba buat, selagi tulah anda tak akan dapat yakin tu.

Tanya diri anda, apa yang anda takut nak buat? Anda mulakan buat benda tu. Bila anda dah rasa ' feel' tu, anda mesti akan terlagi lagi nak buat.

Contoh macam nak naik roller coaster la.. Nampak macam takut jer nak naik. Tapi percayalah, bila anda dah naik, rupanya benda tu seronok. Jangan cakap abam tak payung! Ok gurau.

See? Nak yakin? Buat je dulu okay..




Semoga bermanfaat untuk anda. Kalau anda suka posting ni, anda boleh kongsikan pada kawan-kawan anda.

Mana tahu mereka perlukan ilmu ni. Saya juga mengharapkan komen dan pandangan dari anda. Jumpa lagi ye.


'Anda kaya & Berjaya!'

-AmmarFadzil-

Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...