Skip to main content

MANUSIA ADA 8 JENIS PERASAAN

Dalam bisnes, apa yang Sifu saya pesan, kita kena fokus lebih pada manusia atau bakal pelanggan sebab mereka lah yang nak keluarkan duit untuk beli dengan kita.

Ramai orang bila bisnes ni, mereka dah tersalah faham. Mereka banyak fokus pada kelebihan produk yang mereka jual. Sebenarnya bukan macam tu.

Kenapa saya cakap jangan fokus pada produk dulu? Sebab kebanyakan orang bisnes ni produk mereka memang banyak yang dah bagus dan kualiti pun 'tip-top'.

Tapi, anda kena tahu, yang nak beli produk kita tu adalah manusia yang ada perasaan. 

Jadi, kita kena 'ganggu gugat' emosi mereka dulu dan bukannya cerita lebih-lebih pasal produk yang kita jual.


Bila bercerita, jangan anggap benda remeh tu tak penting. Mungkin pelanggan kita sangat perlukan info tu. Tugas kita menyampaikan benda baik dan betul.

Pengalaman saya, bila kita banyak fokus pasal produk, kita akan syok sendiri. Kadang-kadang fakta pelik-pelik habis semua kita cerita pada pelanggan. Kadang-kadang mereka pun susah nak faham!


Pelanggan akan rasa mereka dihargai kalau kita banyak fokus pada emosi mereka.

Bila kita buat macam tu, mereka akan rasa terhina dan diperbodohkan. Dan kita sendiri pulak akan rasa kita ni hebat sebab macam-macam tahu. Syok sendiri la senang citer!


Produk tu tak boleh bergerak. Yang akan bergerak nak beli dengan kita ialah manusia. Jadi, lebihkan sentuhan emosi mereka.

Jadi, dalam copywriting ke atau bila anda nak bercerita dengan customer, anda mesti selitkan 8 jenis emosi ni dulu. InsyaAllah, baru senang mereka nak beli dengan anda. No 3 kat bawah tu ramai yang tak tahu lagi.

1) BERI JAMINAN

Pelanggan kalau nak beli barang dengan kita, mereka mesti nak ada jaminan/ warranty sebab mereka takut kalau jadi apa-apa, mereka tak nak tanggung risiko kerugian.

Contoh macam kita beli barang dekat Lazada. Anda mesti perasan mereka ada bagi jaminan, kalau produk ada masalah, boleh tukar balik dalam masa beberapa hari. Ha.. itulah contoh jaminan.

Kalau anda yakin produk anda tu memang bagus dan berkualiti, saya cadangkan anda bagi jaminan yang anda akan  pulangkan duit mereka semula kalau produk anda tu tak berkesan pada mereka dalam tempoh tertentu.

Jadi, emosi ni sangat penting untuk anda guna. Barulah pelanggan akan rasa selamat dan percaya nak beli dengan anda!


2) BANYAKKAN PILIHAN PRODUK

Manusia ni dia suka kalau banyak benda dia boleh pilih. Sebab manusia ni cita rasa tak sama. Ada yang suka merah, ada yang suka hijau dan macam-macam lagi.

Bila kita banyakkan pilihan, mesti salah satu dari produk kita tu akan tersangkut dengan hati mereka!


3) PUJI PELANGGAN

Manusia mana yang tak suka dipuji? Bila mereka dipuji, mereka akan rasa disayangi, tanda kita beri perhatian pada mereka.

Jadi, banyakkan puji pelanggan. Mesti mereka akan mula suka dengan anda. Percayalah!

4) ADA BUKTI

Manusia ni mereka akan mula percaya nak beli, bila produk tu ada bukti yang orang lain pernah guna dan ada kesan positif pada diri mereka. 

Jadi, anda kena lah tunjukkan testimoni anda yang lepas pada pelanggan baru anda. Anda kena follow up mereka yang dah pernah beli dengan anda dan tanya macam mana kesannya.

Kalau kesannya positif dan mereka puji produk tu, anda 'screenshot' dan tunjukkan pada pelanggan baru anda.

Dan kalau mereka ada mintak sijil halal ke, sijil KKM ke.. tunjukkan juga tanda anda betul-betul serius nak tolong mereka.


5) BUAT DIA SUKA

Anda mesti kongsikan tips dan panduan cara nak guna yang betul pada pelanggan, apa yang mereka patut buat, apa yang mereka tak patut buat.

Kata kuncinya, anda mesti pesan mereka, nasihat mereka, tunjukkan benda yang betul pada mereka tanda yang anda sayangkan mereka.

Letakkan niat dalam hati nak tolong selesaikan masalah mereka. Lama-lama kalau anda banyak bagi tips, mereka pun akan jadi serba salah kalau tak beli dengan anda!


Buat baik pasti akan dibalas baik.


6) ADA PENINGKATAN

Bila mereka beli produk atau servis dari anda, apa yang mereka akan dapat? Contoh kalau produk kesihatan dan kecantikan, boleh putih ke? boleh kurus ke? makin sihat ke? Macam tu..

Bagitahu pada mereka. Mereka nak tahu hasil yang mereka akan dapat. Barulah mereka rasa berbaloi nak beli. Tapi kena jujur tau..


7) SUKA MENYUMBANG

Manusia ni kalau produk tu berkesan pada diri dia, automatik dia akan kongsikan pada kawan-kawan dia, keluarga terdekat dia. Jarang dia akan simpan sorang.  

Anda cakap la yang produk tu boleh guna 1 keluarga. Mak ayah, adik kakak semua boleh pakai. Jadi mereka tak rasa rugi sebab benda tu boleh pakai ramai. 

Tapi tengok jenis produk juga ye. Bukan semua produk sesuai untuk semua jenis orang.


8) SERVIS TERBAIK @ TIP-TOP

Layan mereka macam raja. Tunaikan apa yang mereka nak semampu yang anda boleh. Balas whatsapp dengan pantas, jawab call mereka dengan baik.

Itu semua buat mereka suka dengan anda. Banyakkan juga dengar masalah mereka sebab masalah mereka adalah peluang untuk anda. 

Bila mereka dah start bercerita tentang masalah mereka dengan anda, itu tanda mereka dah percaya dan tak ragu-ragu dengan anda lagi!



Jangan percaya apa yang saya cakap, buat jer selagi tak melanggar undang-undang dan hukum syarak.
Saya amat hargai sebarang komen, pertanyaan atau pandangan dari anda. Jangan lupa juga untuk Share posting ni tanda anda suka.

Terima Kasih.


-AmmarFadzil- 







Comments

POPULAR POST

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c

CARA NAK BUAT FLYERS YANG MEMUKAU

Untuk orang berbisnes, salah satu cara nak buat marketing melalui offline yang masih lagi relevan adalah dengan menggunakan flyer s.   Tapi, macam mana nak pastikan flyers yang kita buat tu boleh tarik mata orang untuk baca dan dia tak buang?  Ha, itulah persoalannya. Jom baca sampai habis sebab a da tips sebelum anda nak buat flyers ni,anda disarankan untuk guna formula A.I.D.A dulu.  Eh! Apa kena mengena dengan AIDA pulak? Jangan salah faham, ini adalah formula yang anda boleh follow kalau nak buat flyers. Okay? Apa tu A.I.D.A ? A - Attention / Perhatian Anda boleh tarik mata orang yang baca flyers anda dengan tajuk yang tertanya-tanya/ takut. Sebagai contoh, ' AMARAN.. JANGAN BACA KALAU UMUR ANDA 18 TAHUN KE BAWAH , mesti mereka akan tertanya-tanya, dah kenapa ni? Macam ada sesuatu jer. Dan lepas tu barulah mereka tertarik nak baca.  Atau kalau anda jual produk putih, anda boleh buat, ' MAKAN KAPSUL 1 BIJI SEHARI KALAU MAKAN LEBIH NANTI TERLEBIH PUTIH