Skip to main content

KENAPA NIAT TU PENTING?

Mesti anda pernah dengar kan, setiap perbuatan itu bermula dari niatnya. Jika kita niat untuk berbuat baik, kita akan dibalas baik dan sama juga bila sebaliknya.

Niat tu bermula dari hati. Jika hati orang tu baik, pasti dia akan didorong kuat untuk berbuat baik.

Islam tu sangat indah. Saya teringat pesan ustaz saya, bila kita niat nak buat baik, akan tertulis satu pahala untuk kita walaupun kita belum pun buat lagi. 

Tapi bila kita niat nak buat dosa dan tak jadi nak buat dosa, kita tak dikira sebagai berdosa pun. Sungguh hebatnya islam menggalakkan kita berbuat baik.


Apa yang kita fikir, cakap, rasa semua tu doa yang pasti akan dimakbulkan Tuhan. Jagalah diri sebaiknya. 

Saya bagi contoh. Kalau kita nak buat bisnes, jika kita niat nak jadi kaya dan nak duit semata-mata, kita insyaAllah takkan jadi kaya. Hah? Bukan ke bisnes memang untuk dapat untung?

Ye. Memang untuk dapat duit. Tapi jika kita hanya fokus hanya untuk dapat duit, kita akan sanggup buat apa sahaja termasuk menipu orang, anaiya orang dan sebagainya. Last last duit memang dapat. Tapi cepat la habis sebab takde berkat!


Niat nak bantu orang dulu, duit akan datang berebut pada kita!

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri menjadi Dropship dahulu.Saya tak faham sebenarnya bisnes ni niat mesti nak tolong orang, nak selesaikan masalah orang. Barulah bila niat betul, Allah akan bantu kita untuk jadi kaya.

Yang penting kena kaya jiwa dulu, baru kita akan kaya dengan harta.

Niat ibarat kita tulis alamat pada surat. Jika tersalah alamat tu, tersalah juga ia akan sampai
Berdoalah supaya kita sama-sama diberikan kekuatan untuk berbuat baik. Jangan lupa doakan untuk orang juga supaya Malaikat pun akan aminkan untuk kita.

Semoga dengan perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...