Rasa yakin atau konfiden ni sangat
penting. Bila kita yakin, kita akan buat sesuatu dengan tenang dan
bersungguh-sungguh!
Contoh:
Bila kita dijemput ke suatu majlis grand, tapi
kita hanya pakai baju t-shirt biasa dan selipar sedangkan orang lain pakai baju
yang lebih ‘gah’ seperti blazer.. Apa
yang anda akan rasa masa tu? Mesti anda akan rasa malu, rasa rendah diri, takut
nak bergaul dengan orang.
Lagi bagus
sebenarnya jika rasa YAKIN ni datang dari dalam diri kita dan bukannya bergantung pada PAKAIAN seperti contoh kat atas ni. Jadi, kalau anda nak tahu cara
nak YAKIN ni macam mana, apa kata anda mulakan dengan 3 cara ni dulu.
1) CARI ILMU
·
Pergi Seminar/Bengkel/Workshop
·
Baca buku motivasi
·
Cari ilmu di Google/ Blog
(Pastikan anda pilih sumber yang sahih dan datang dari orang
yang biasa anda nampak dan percaya. Pastikan juga kelas seminar yang anda pergi
tu ada video testimoni berjaya. Itu lebih bagus).
Selagi kita hidup, kita kena sentiasa belajar benda baru. Jangan
pernah ‘miss’ dari belajar sebab bila kita tidak ada ilmu, ia akan menutup
pintu rezeki kita. Bila ada ilmu, kita akan sentiasa ada idea nak buat sesuatu.
Sifat ilmu ni, kita kena datang cari dia bukannya ilmu tu datang sendiri pada kita.Orang yang kaya dan berjaya, mereka sentiasa penuhkan dada
mereka dengan ilmu.
Ilmu adalah ibarat air yang bersih. Hati adalah bekas tempat menerima ilmu.Ia tidak akan masuk ke dalam bekas yang kotor.Jadi, pastikan kita banyakkan berzikir dan beristighfar supaya ilmu yang kita dapat tu senang untuk diterima dan diamalkan."
Kenapa kena cari ilmu?
1)
Ilmu dapat membuatkan anda lagi jelas dan faham
kenapa ianya berlaku. Anda tahu proses di sebalik sesuatu benda tu terjadi.
2)
Ilmu juga dapat membantu anda untuk bezakan mana
satu yang betul dan mana satu yang salah. Yang betul tu kita buat banyak kali
dan yang salah tu kita berhenti/ stop buat kerana ia semestinya akan merugikan kita.
3)
Dengan ilmu juga anda akan tahu kesilapan yang
pernah orang lain buat, dan kerja anda hanya perlu jauhkan/elakkan.
4)
Dengan ilmu, anda akan lebih bersedia kerana
anda sudah kenalpasti keperluan yang perlu anda sediakan sebelum buat sesuatu
perkara.
2) MELIHAT /TENGOK
Orang putih kata ' See is Believe'. Jadi, anda kena banyakkan tengok video kisah kejayaan orang lain di
YOUTUBE ataupun di FACEBOOK
Contoh orang yang dah berjaya dalam bisnes
- Tony Fernandes
- Bill Gates
- Steve Jobs
Kenapa kena tengok kisah orang
berjaya?
1) Bila
anda selalu tengok kisah orang berjaya, minda anda akan tercabar untuk capai
benda yang sama.
2) Minda
anda akan mula bertanya ‘kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh? Apa beza aku
dengan dia. Dan anda akan mula buat sesuatu.
3) Kebanyakan
orang berjaya ni, dulu mereka pun pernah susah. Tapi bezanya dengan kita, mereka
ada semangat yang tinggi untuk bangkit dari kesusahan tu.
4) Kejayaan takkan datang pada orang yang tak suka dengannya. Bila kita lihat kejayaan orang, kita suka dan mendoakan lagi orang tu, kejayaan tu pasti akan datang pada kita!
3) MULA BERTINDAK/ BUAT / AMALKAN
Orang yang tak pernah naik Kapal Terbang, mereka akan rasa takut untuk naik sebab mereka takut terhempas dan sebagainya. Tetapi bila mereka dah mula cuba untuk naik, mereka akan rasa biasa dan takde apa-apa yang buruk pun sebenarnya berlaku.
Ilmu sahaja tak cukup, anda mesti mulakan dulu
baru keyakinan tu akan datang.
·
Masa yang paling best dan terbaik untuk mulakan
tindakan adalah SEKARANG!
Yang hebat tu bukan ilmu, tapi yang hebatnya ialah bila ilmu tu ditukar kepada tindakan!
Kenapa kena buat tindakan?
1) Bila
anda dah cuba, anda akan ‘feel’ sendiri benda tu. Dan bila ada salah, anda tahu
apa yang nak dibetulkan/dibaiki.
2) Anda
juga ada pengalaman yang beharga yang orang lain takde sebab anda pernah lalu
jalan yang orang lain mungkin tak pernah.
3) Bila
anda cuba buat dan dapat hasil yang positif, anda akan rasa yakin untuk
berkongsi dengan orang. Itu juga adalah DUIT.
Semoga dengan perkongsian ini,
bermanfaat untuk anda!
Comments
Post a Comment