Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ubah Diri

5 TIPS BAGAIMANA NAK HIDUP BERKAT

Kalau ada pilihan, anda nak yang mana satu? Buat sikit jer, tapi hasilnya banyak. Atau.. Buat banyak banyak benda, tapi hasil yang kita dapat tu sikit jer.. Contoh saya bagi bila kita kerja. Kita kerja pagi petang siang malam, siap overtime, buat part time lagi. Tapi gaji yang kita dapat tu rasa macam tak cukup. Hutang dan masalah bertimbun-timbun. Gaji tu rasa macam sikit je. Macam hilang tak tahu pergi mana. Ataupun kita ni kerja biasa jer, tapi gaji kita cukup untuk bayar bil semua, masalah kurang, hati tenang, hidup gembira, dan dengan gaji tu tadi siap boleh belanja kawan-kawan makan lagi! Inilah namanya Kuasa Berkat. Macam mana nak dapat BERKAT ni? Jom baca 5 tips kat bawah ni.  1) SYUKUR Bila kita syukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat yang Dia bagi tu. Bayangkan kalau yang sikit pun kita dah happy, kita berterima kasih sangat pada Dia, kita gunakan apa yang Dia bagi tu dengan baik, mesti dia akan bagi kita lagi banyak benda. 2) SOLAT ...

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

BENGANG AKAN PAKSA KITA UBAH HIDUP

Anda teringin nak ubah hidup dari biasa-biasa ke luar biasa? Apa kata anda jawab 3 soalan kat bawah ni dulu. 1) APA 10 PERKARA YANG ANDA BENGANG? Dalam hidup, mesti ada banyak benda yang anda tak capai lagi, mesti ada sesuatu yang buat anda betul-betul bengang. Mungkin dari segi duit, mungkin dari segi tahap kesihatan anda sekarang, mungkin hubungan sesama keluarga ataupun dari segi ibadah anda. Apa kata anda ambil 1 helai kertas dan tuliskan 10 benda yang anda paling bengang.  Sebagai contoh, anda bengang bila ada orang hina keluarga anda, anda bengang bila tak dapat bawa lagi parents pergi umrah, anda bengang sebab selalu 'miss' solat berjemaah. Tuliskan je semua tu dalam 1 kertas baru anda akan nampak dengan lebih jelas. Bengang tu perlu untuk tolak kita jadi lebih baik tiap hari 2) APA YANG ANDA NAK CAPAI? Jangan biarkan bengang tu lama-lama. Anda kena cepat-cepat tulis pula apa yang anda nak capai dan nak buktikan pada orang sekeliling yang anda ...

CARA NAK KURANGKAN RASA MALU

Setiap orang mesti ada perasaan malu termasuk lah diri saya sendiri. Itu normal. Kalau takde rasa malu pun susah nanti. Malu itu sebahagian dari iman dan menjadi benteng dari kejahatan. Tetapi anda kena faham, kita hanya perlu malu bila dalam hal-hal yang melibatkan dosa atau maksiat. Masa itu, perlu untuk kita rasa malu sebab Allah sentiasa memerhatikan apa yang kita buat. Masalahnya sekarang, ramai dari kita yang malu bila nak buat benda baik. Malu nak bercakap, malu nak bertanya dan lain-lain lagi. Malu itu mesti kena pada tempatnya. Saya bagi contoh, bila kita buat assignment, atau kerja sekolah, ada soalan yang perlukan kita bertanya kawan, tetapi sebab kita rasa malu nak tanya, kita tak tanya pun. Last last yang rugi ialah diri kita. Sedangkan bila kita ada masalah, kita tak perlu nak malu untuk bertanya mereka yang tahu jawapannya. Sebenarnya mereka tu lagi suka untuk ajar kita. Malu bertanya sesat jalan Jadi apa nak buat supaya perasaan malu ni tak j...

NAK BERJAYA KENA BEKORBAN

Nak berjaya ni bukan senang. Perlukan komitmen yang tinggi, dan sikap yang tak pernah kenal erti putus asa. Mereka yang berjaya juga pernah gagal. Tapi yang membezakan dengan kita ialah bila mereka gagal, mereka cepat cepat bangun dan teruskan capai apa yang mereka nak. Mereka nampak dengan jelas apa yang mereka nak. Sebab tu bagi mereka, masalah tu adalah satu tolakan untuk dia lagi ke depan. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah Kesilapan yang mereka pernah buat itulah, mereka belajar semula, tengok apa kelemahan yang ada dan terus ke depan. Mereka tidak pernah kenal erti putus asa. Kadang-kadang kita tak tahu, sebenarnya sikit je lagi kejayaan tu nak sampai dekat kita tapi kita dah berhenti sekerat jalan. Orang berjaya, mereka tahu mulakan sesuatu, mereka juga tahu nak habiskan benda tu sampai dapat hasil yang mereka nak. Semoga bermanfaat untuk anda! -AmmarFadzil-

KENAPA NIAT TU PENTING?

Mesti anda pernah dengar kan, setiap perbuatan itu bermula dari niatnya. Jika kita niat untuk berbuat baik, kita akan dibalas baik dan sama juga bila sebaliknya. Niat tu bermula dari hati. Jika hati orang tu baik, pasti dia akan didorong kuat untuk berbuat baik. Islam tu sangat indah. Saya teringat pesan ustaz saya, bila kita niat nak buat baik, akan tertulis satu pahala untuk kita walaupun kita belum pun buat lagi.  Tapi bila kita niat nak buat dosa dan tak jadi nak buat dosa, kita tak dikira sebagai berdosa pun. Sungguh hebatnya islam menggalakkan kita berbuat baik. Apa yang kita fikir, cakap, rasa semua tu doa yang pasti akan dimakbulkan Tuhan. Jagalah diri sebaiknya.  Saya bagi contoh. K alau kita nak buat bisnes, jika kita niat nak jadi kaya dan nak duit semata-mata, kita insyaAllah takkan jadi kaya. Hah? Bukan ke bisnes memang untuk dapat untung? Ye. Memang untuk dapat duit. Tapi jika kita hanya fokus hanya untuk dapat duit, kita akan sanggup buat apa sahaj...