Skip to main content

BISNES KENA BAGITAHU ORANG

Anda ada buat bisnes? Nak saya kongsikan 4 kunci penting bila buat marketing guna cara online tak?

Ilmu ni saya dapat masa pergi Seminar Roket Bisnes kelas mentor saya iaitu Najib Asaddok. Okay, jom baca!
Tujuan bisnes ialah selesaikan masalah orang, mudahkan urusan orang, tambah nilai pada kehidupan mereka.

Pertama, anda kena faham dulu apa itu marketing. Marketing ni konsepnya ialah bagi orang nampak dan tahu tentang bisnes yang anda buat.

Banyak cara nak bagi orang nampak ni sama ada secara online ataupun offline. Kalau online contoh anda guna facebook dan share pasal apa yang anda jual. Dan kalau offline pula biasanya guna flyers, banner, radio dan sebagainya.

Bila anda jaga hubungan dengan Yang Maha Esa, marketing jadi lebih mudah kerana Dia yang gerakkan hati-hati manusia untuk beli dengan kita.

Contoh saya bagi, anda ada buka 1 restoran di suatu kawasan perumahan yang ada 1,000 orang penduduk. Tetapi anda cuma satu satunya restoran yang ada di kawasan perumahan tu. 

Jadi, marketing ialah anda start fikir, macam mana nak bagi 1,000 orang tu tahu yang anda ada buka restoran di situ? Itulah bermulanya MARKETING

Tapi kena ingat, jika ada orang yang mati malam tu disebabkan mereka lapar dan tak tahu yang anda ada bukak restoran,anda dikira berdosa sebab anda tak berjaya nak buat orang kat situ tahu tentang bisnes anda.

 Di mana ada orang, di situ ada masalah, di mana ada masalah, di situ ada peluang untuk jana pendapatan

Tapi kali ni saya nak fokus marketing secara atas talian ataupun online .Tak kiralah anda guna facebook ke, instagram ke atau apa pun.Sama je.


1) BUAT ORANG NAMPAK DULU
  • Ikut kajian, orang akan beli dengan sesuatu produk, bila dia dah nampak sebanyak 30 kali .
  • Kalau tengok brand hebat macam MC'DONALDS pun, iklan mereka still bagi nampak banyak kali dekat facebook kalau anda perasan la..Sebab apa? Sebab mereka nak bagi orang kenal dan mereka nak tanam jenama brand mereka dalam minda orang.
Orang buat keputusan nak beli sebab brand tu dia kenal dan selalu nampak, dan soal harga adalah nombor 2..

2) BAGI ORANG KENAL

  • Kalau dalam online, anda mesti bagi orang kenal anda. Macam mana? Jawapannya kenal dengan logo bisnes dan jenama brand anda.
  • Pastikan nama brand anda tu guna 2 suku kata nama sahaja contoh macam..

JA..KEL

NEST..LE

MI..LO


  • Baru senang orang nak ingat dan terus melekat dalam minda orang yang dengar.

3) BUAT ORANG SUKA
  • Benda pertama yang anda kena tanam dalam mindset anda ialah, bisnes ni kena bagi orang suka, baru orang akan suka kita. 
  • Cara nak bagi orang suka dengan kita ialah dengan cara SHARING / BERI KEBAIKAN.
  • Contoh SHARING ialah anda boleh tulis tips, info, panduan, nasihat dan lain-lain
  • Bagi mereka secara percuma sebab manusia ni sangat suka bila diberi sebab mereka akan rasa dihargai.
  • Bila mereka dah mula suka dengan anda, mereka akan malu kalau tak beli apa-apa barang yang anda jual. Ni teknik HALUS dalam menjual. Nampak ke nampak ni?


4) BUAT ORANG PERCAYA

  • Dalam bisnes sangat penting untuk ada TESTIMONI baru orang akan percaya nak guna produk kita.
  • Cuba bayangkan, kalau anda nak masuk 1 gua tu, tapi tak pernah lagi ada orang yang pernah masuk lagi. Anda berani tak nak masuk? Cuba kalau ada orang yang pernah masuk, mesti anda akan berani sikit nak masuk.Kan?
  • Macam tu juga bisnes, kalau tak pernah ada orang lagi yang guna produk tu, anda berani ke nak cuba? Mesti anda akan takut. Jadi, testimoni mesti kena ada.
Bila mereka dah percaya dengan anda, apa pun yang anda jual, mereka pasti akan beli!
Ni gambar masa saya join kelas sifu saya, Najib Asaddok di SACC, Shah Alam



Semoga bermanfaat pada anda yang buat bisnes!



-AmmarFadzil-

Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...