Skip to main content

FORMULA NI UNTUK ORANG BISNES


Untuk anda yang ada buat bisnes, Mentor saya Najib Asaddok tekankan formula ni sebagai rujukan untuk buat bisnes jadi lebih 'grow'.

Apa dia formula ( ITM ) tu? Okay, jom baca dulu.

I - ILMU

Guru saya cakap.. Ilmu yang kita ada ni akan menentukan berapa sales yang kita akan dapat. 

Kalau kita tahu nak buat tu jer, tu jer lah kita akan dapat. Cuba kalau macam-macam cara kita tahu, kan ada banyak idea nak buat tu?

Dan lagi satu, bila ada ilmu ni, kita akan dapat tahu mana satu yang betul dan mana satu yang salah. Jadi risiko nak rugi tu dapat dikurangkan.


T- TEAM

Kita tak boleh berjaya sorang-sorang. Boleh nak berjaya, tapi lambat la. Kita mesti mintak tolong orang lain jugak. Bila buat kerja ramai-ramai, cepat la siap kerja kita tu.

Macam tu jugak dengan bisnes, kita kena ada pekerja/ team /staff. Kita upah je mereka ni, dan mereka ni akan tolong uruskan untuk kita.

Kalau anda perasan, bisnes pun secara tak langsung boleh buka peluang pekerjaan untuk orang lain jugak. Ha.. Itu untung bila buat bisnes ni.


M- MARKETING

Apa guna buat bisnes tapi takde orang tahu? Ha.. Kalau buat bisnes tak boleh nak malu-malu. Benda baik buat apa nak malu. Betul tak?

Sebab tujuan bisnes ni sebenarnya nak selesaikan masalah orang, nak tolong orang jadi lebih sihat dan sebagainya. Ha. Itulah bisnes.

Jadi, dalam bisnes, marketing tu penting. Ia ibarat jantung yang sentiasa berdegup.
Bila ada untung, cepat-cepat laburkan semula untuk marketing.

Nak tahu cara marketing yang betul, saya cadangkan anda pergi join kelas Dr Azizan Osman. Beliau sangat pakar dalam strategi marketing.


Itu sahaja untuk perkongsian kali ni. Semoga bermanfaat!


-AmmarFadzil-




Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...