Usahawan kena faham buying cycle ni bila berniaga di online. Nak dapatkan sales tu ada prosesnya. Bukan terus boleh dapat macam tu jer. Sebab pelanggan ni memang perlukan masa untuk percaya dengan brand kita. . STEP 1: Awareness/ Sedar Pelanggan perlu tahu brand kita ni wujud dekat pasaran. Sebab tulah pentingnya marketing, untuk bagitahu mereka, bisnes kita ni ada di pasaran dan sebenarnya boleh bantu mereka. STEP 2: Interest/ Minat Lepas mereka dah selalu nampak brand kita, akan timbul dalam hati mereka rasa minat nak beli apa yang kita jual. Mereka dah mula yakin dengan brand kita. STEP 3: Trial/ Cuba Mereka akan cuba produk kita tu tapi biasanya mereka akan cuba dapatkan produk yang free dahulu ( Free tester/free consultation/ Free Ebook/ Free Video ) Mereka nak tahu kualiti dan servis yang kita tawarkan tu berbaloi atau tak bagi mereka. STEP 4: Buy/ Beli Lepas dah try yang free dan mereka puas hati, barulah mereka percaya dan lagi yakin nak beli produk berbayar yang kita tawarkan
Kalau sebut je pasal pemasaran atau marketing, biasanya usahawan ni akan ingat, oh.. masuk tv. Oh.. iklankan produk dekat radio, oh.. naikkan billboard, masuk majalah. Sebenarnya marketing ni luas. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Untuk usahawan yang baru berniaga, kebanyakannya mereka takde modal yang besar untuk terus buat marketing kos tinggi ni. Jadi, lagi bagus kalau mereka ni mulakan dulu dengan teknik marketing yang percuma. Risiko pun rendah dan lebih menjimatkan mereka. Ada banyak je teknik-teknik atau strategi marketing yang percuma dan kalau anda buat dengan betul, impaknya lagi dasyat dari yang berbayar. Penting ke buat marketing ni? Nyawa sesuatu bisnes bergantung pada marketing. Kalau bisnes tu tak buat marketing dengan konsisten, tak bagitahu orang ramai, bisnes tu boleh meninggal awal/rugi awal. Marketing ni ibaratnya macam orang tengah antara produk kita tu dengan bakal pelanggan. Tapi anda mestilah targetkan pada pelanggan yan