Skip to main content

3 TEKNIK MARKETING PADU TANPA PERLU KELUAR DUIT

Bila cakap pasal marketing/pemasaran je, mesti anda akan fikir.. Eh! mesti nak kena ada modal yang besar ni. Baru boleh buat!Sebenarnya tak pun. Marketing ni kan ada yang free dan ada yang berbayar. 




Anda kena ingat, dalam bisnes walaupun kita ada duit yang banyak, modal yang besar, kita tak boleh terus laburkan duit kita tu untuk iklankan dalam tv, billboard, masuk radio dan sebagainya. 




Semua benda ada tertib atau langkah-langkah yang betul. Kesan bila anda terus nak lompat pada yang besar, ditakuti anda kurang pengalaman nak handle kalau ada cabaran dan akhirnya anda mungkin akan rugi besar tak lama lepas tu. 




Jadi, elok sangat kalau anda kuasai dulu teknik-teknik yang 100% free dalam marketing ni supaya duit untung tu anda boleh save kan untuk benda yang lagi penting. 

Ini 3 teknik powerful dalam marketing yang ramai orang abaikan! Siyes! 

1. GO LIVE! 



Ramai orang tahu, nak buat fb/ig live ni free jer pun.  Tapi tak ramai yang berani nak tekan button ' go live ' tu. Anda tahu tak, bila buat fb live ni, orang akan lebih percaya dengan bisnes anda sebab mereka boleh nampak real apa yang anda nak kongsikan. 

Tak kisah sama ada anda buat live tutorial ke, buat demo ke.. Orang ni dia memang suka dengan benda yang live. Itu point dia. Dan yang paling best, diorang pun boleh menyampuk dalam live anda macam komen, like dan share. Kan best tu? 

2. KONGSI TIPS




Ini namanya content marketing. Menjual cara halus. Apa yang anda buat, anda kena share  tips, panduan, petua, cara-cara, ataupun anda bagi pesanan dekat followers anda tu. 

Sifat manusia ni, mereka paling tak gemar kalau orang terus datang nak menjual ataupun hard sell dengan mereka. 

Biasa kan kalau kita tengah duduk makan dekat kedai lepas tu ada orang datang jual barang? Mesti kita akan rasa tak selesa? Macam tulah jugak dalam media sosial. Share dulu untuk buat orang suka. Barulah lepas tu mereka akan rebut produk kita tu dan bukannya cabut! 

3. TUNJUK TESTIMONI




Kalau anda nak beli barang dekat lazada ke shopee ke, anda mesti akan tengok review dulu, betul tak? Sebab apa? Sebab anda takut rugi, anda akan tertanya-tanya, selamat ke ni? Yelah, takut nanti kalau jadi apa-apa macam mana? 

Sama juga dengan customer kita. Mereka semua takut rugi. Sebab itulah anda kena banyakkan share testimoni dekat mereka. Bila mereka tahu ada orang yang pernah beli produk anda tu, mereka akan rasa lebih selamat nak beli. Point dekat sini adalah jaminan/trust. 

Dapat sesuatu? 

Dalam EBOOK 7 MARKETING PADU DAN HIGH IMPACT, ada 4 lagi point penting yang saya dah kongsikan macam mana nak buat marketing tanpa keluar keluar duit pun. 

Kesemua teknik ni walaupun percuma dan simple, tapi boleh bagi impak yang besar, naikkan sales bisnes dan buat pelanggan korang gilakan bisnes korang tu. 

Nak saya bantu anda dapatkan E-BOOK MARKETING tu? Tekan link di bawah ni sekarang. Ada promo istimewa untuk 10 orang terawal yang grab sekarang.

SAYA NAK EBOOK

SAYA NAK EBOOK





#richacademy
#contentmarketing
#pemasaranonline

Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...