Skip to main content

3 JENIS BAKAL PELANGGAN YANG USAHAWAN PATUT TAHU


1. Cold 

Biasanya prospek jenis ni mereka baru je kenal anda. Mereka baru je tahu yang anda ada buat bisnes tu. Mungkin dia ternampak posting anda ke, ternampak iklan anda. Jadi, untuk prospek yang jenis macam ni, anda jangan terus menjual barang dekat mereka. Apa yang patut anda buat ialah bina hubungan baik dengan mereka dulu. Bagi value macam tips, nasihat, pesanan supaya mereka ni suka dan setia nak follow anda. 

2. Warm 




Untuk bakal pelanggan jenis "warm" pula, mereka ni memang dah kenal anda, dah tahu anda jual apa, dah tahu kebaikan produk anda, tapi mereka ni belum lagi bersedia nak beli produk anda masa tu. Mereka ni dah yakin tapi masih 50-50 ..

Mungkin dia ada pm anda tanya tentang produk tapi dia tak jadi beli masa tu. It's okay. Apa yang anda perlu buat ialah, anda kena follow up mereka ni secara konsisten. Tak kisah anda guna email ke, whatsapp ke. Sebab tu pentingnya untuk anda kumpul database mereka ni dan ingatkan mereka ni kemudian hari supaya mereka ingat anda dan tak pergi pada pesaing. 



3. Hot 



Mereka ni dah jadi pelanggan anda, dah beli produk anda, dah pernah "experience" pun servis anda. Jadi, mereka ni sangat yakin dengan anda. 

Apa yang anda perlu buat ialah "follow up" mereka ni selalu. Tanya feedback mereka, tanya apa lagi yang anda boleh bantu dan anda juga boleh berikan mereka ni promosi. 

Apa yang penting ialah anda nak mereka ni jadi raving fans/duta produk anda. Mereka ni kalau anda jaga betul-betul, anda dah jimat banyak kos iklan sebab mereka akan rekomenkan servis anda tu dengan kawan-kawan mereka. 

Apa yang penting sekali dalam bisnes ialah anda kena jaga kualiti servis dan jangan berhenti buat marketing. Bila anda bagus dalam dua benda ni, insyaAllah bisnes anda tu boleh bertahan dan grow! 


Dapat ke dapat sesuatu ni? Kalau dapat, cer komen dekat bawah ni okay? 

#richacademy
#contentmarketing
#googlemarketing

Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...