Skip to main content

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR



Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes.



Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah.

Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda.




Google anggarkan ada lebih kurang 300 juta pengguna internet di seluruh dunia yang gunakan enjin carian mereka seperti google search ni, untuk mencari maklumat. Jadi, kalau anda tak gunakan peluang untuk berada di google, sangatlah rugi.





Jika di google, yang bestnya adalah anda akan dapat pelanggan yang tepat untuk bisnes anda. Contohnya si A ni ada masalah jerawat. Dia akan buat research dulu di google, cari maklumat, cari info.. dan bila dia nampak bisnes anda,itulah pelanggan yang tepat dan berpotensi besar untuk membeli dengan anda. Best kan?


Google Malaysia ada berkongsi fakta-fakta berikut:
  • 86% pengguna merujuk internet untuk membuat keputusan bagi pembelian.
  • 92% membuat keputusan bagi melakukan pembelian setelah mengetahui mengenainya.
  • 74% akan melawat laman jual beli atau laman produk.
  • 88% tidak kisah akan jenama produk.
  • 68% akan membeli jenama yang biasanya tidak dipilih mereka, hanya kerana terdapat informasi berkenaannya pada peranti mereka.
  • 66% memilih jenama yang menyediakan kandungan video berkenaan produk.
  • 69% berkemungkinan akan membei dari aplikasi/laman yang memberikan maklumat mengenai produk yang dicari.
  • 81% pengguna mencari maklumat FAQ.
  • 70% pembeli membeli barangan yang membolehkan ia dibeli dengan lebih pantas. (fungsi pantas pembayaran)
  • 81% masih menyemak telefon mereka sebelum membeli barangan tersebut meskipun telah berada didalam kedai tersebut.
Nampak ke nampak dekat sini betapa pentingnya untuk anda berada di google kerana pelanggan biasanya akan buat research sebelum membeli apa-apa produk/servis? 

Sebab Itulah Google ni sentiasa diperlukan dan digunakan oleh manusia untuk mencari maklumat. Kalau anda gunakan google sebagai platform bisnes, anda dah jimat banyak kos untuk iklan sebab orang akan sentiasa nampak bisnes anda wujud di Google tanpa anda perlu belanja besar untuk iklan berbayar.


Jenis-jenis bisnes yang sesuai untuk gunakan Google My Business




1. Kedai makan/Restoran/Kafe

2. Kedai Gunting rambut

3. Spa/Pusat kecantikan

4. Kedai Tayar/Kedai baiki kereta

5. Kedai dobi

( Sesuai untuk semua jenis bisnes yang menawarkan servis, yang ada kedai fizikal atau bisnes yang ingin menarik traffic dari online ke tempat mereka dengan cara yang pantas. )


7 Kelebihan yang ada pada Google My Business





1. Bisnes anda dapat dicari oleh bakal pelanggan dengan cepat melalui Google Search dan Google Maps.

2. Bisnes akan nampak lebih 'trusted' dan profesional. ( Ada 'online presence'  )

3. Kos yang sangat rendah dan lebih selamat. Anda hanya perlu daftar percuma berbanding cara offline gunakan flyers, brochure, gantung banner, kosnya sangat tinggi dan kurang relevan pada hari ini.

4. Persaingan di google adalah kurang jika nak dibandingkan persaingan di facebook dan Instagram. Bisnes anda berpotensi untuk dapat reach yang lebih tinggi.

5.Orang di sekitar tempat anda boleh tahu kewujudan bisnes anda dengan sangat cepat.

6. Anda dapat bakal pelanggan yang tepat dan berpotensi untuk beli dengan anda.

7. Percuma laman web dari google untuk memudahkan pelanggan tahu lebih lanjut tentang bisnes anda.



Meh saya kongsikan dengan anda Step by step nak daftar bisnes anda di Google My Business . Percuma jer!




1. Search 'Google My Business' di internet

2. Klik START NOW

3. Isikan alamat anda dan juga perniagaan anda

4. Pilih ' I AM AUTHORIZED TO MANAGE THIS BUSINESS AND I AGREE TO THE TERMS OF SERVICE' dan tekan Continue

5. Pihak Google akan hantar kod ke alamat anda melalui pos ( Biasanya ambik masa selama 2 minggu )

6. Bila dah dapat kod, isikan dalam Google My Business untuk pihak google sahkan bisnes anda.

7. Anda dah boleh kemaskini page Google anda ( Letak gambar, logo bisnes, testimoni pelanggan )

8. Selesai


Dekat bawah ni saya kongsikan antara #Result student saya yang berjaya gunakan Google My Business untuk tarik pelanggan dari online ke kedai mereka 100% organic reach, tanpa buat iklan berbayar.





Data dari bisnes jenis Homespa di Kota Damansara. Ranking #1 di antara bisnes urutan yang lain di google search untuk negeri Selangor dan kawasan KL.





Berjaya mendapat 104 bilangan testimoni pelanggan dan semuanya 5 bintang. Ini yang meningkatkan keyakinan pelanggan untuk datang tanpa ragu-ragu.




Mendapat leads sebanyak 230 panggilan dari bakal pelanggan yang tepat untuk dibantu dan ada 'buying power' yang sangat kuat.






Peningkatan dari 1 hingga 104 bilangan testimoni hasil dari servis yang berkualiti diberikan kepada pelanggan.



Untuk posting yang mendapat banyak reach dan views dari bakal pelanggan, pihak Google akan beritahu melalui email setiap hari.




Jenis bisnes pembekal makanan sejuk beku. Mendapat sebanyak 175 carian oleh bakal pelanggan untuk kawasan sekitar Kuala Selangor.



Ini antara result bisnes yang saya berjaya bantu dan kalau anda berminat nak belajar lebih lagi tentang strategi SEO, cara nak buatkan bisnes anda ada di ranking #1 di google tanpa ads berbayar, belajar cara nak update page google supaya nampak lebih trusted, tekan link di bawah sekarang untuk saya bantu anda.





#richacademy
#contentmarketing
#googlemarketingstrategist
#privatecoahing












Comments

POPULAR POST

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c

CARA NAK BUAT FLYERS YANG MEMUKAU

Untuk orang berbisnes, salah satu cara nak buat marketing melalui offline yang masih lagi relevan adalah dengan menggunakan flyer s.   Tapi, macam mana nak pastikan flyers yang kita buat tu boleh tarik mata orang untuk baca dan dia tak buang?  Ha, itulah persoalannya. Jom baca sampai habis sebab a da tips sebelum anda nak buat flyers ni,anda disarankan untuk guna formula A.I.D.A dulu.  Eh! Apa kena mengena dengan AIDA pulak? Jangan salah faham, ini adalah formula yang anda boleh follow kalau nak buat flyers. Okay? Apa tu A.I.D.A ? A - Attention / Perhatian Anda boleh tarik mata orang yang baca flyers anda dengan tajuk yang tertanya-tanya/ takut. Sebagai contoh, ' AMARAN.. JANGAN BACA KALAU UMUR ANDA 18 TAHUN KE BAWAH , mesti mereka akan tertanya-tanya, dah kenapa ni? Macam ada sesuatu jer. Dan lepas tu barulah mereka tertarik nak baca.  Atau kalau anda jual produk putih, anda boleh buat, ' MAKAN KAPSUL 1 BIJI SEHARI KALAU MAKAN LEBIH NANTI TERLEBIH PUTIH