Skip to main content

KETAHUI 5 PROSES PELANGGAN MEMBELI PRODUK






Usahawan kena faham buying cycle ni bila berniaga di online. Nak dapatkan sales tu ada prosesnya. Bukan terus boleh dapat macam tu jer. Sebab pelanggan ni memang perlukan masa untuk percaya dengan brand kita. .


STEP 1: Awareness/ Sedar
Pelanggan perlu tahu brand kita ni wujud dekat pasaran. Sebab tulah pentingnya marketing, untuk bagitahu mereka, bisnes kita ni ada di pasaran dan sebenarnya boleh bantu mereka.

STEP 2: Interest/ Minat
Lepas mereka dah selalu nampak brand kita, akan timbul dalam hati mereka rasa minat nak beli apa yang kita jual. Mereka dah mula yakin dengan brand kita.

STEP 3: Trial/ Cuba
Mereka akan cuba produk kita tu tapi biasanya mereka akan cuba dapatkan produk yang free dahulu ( Free tester/free consultation/ Free Ebook/ Free Video ) Mereka nak tahu kualiti dan servis yang kita tawarkan tu berbaloi atau tak bagi mereka.

STEP 4: Buy/ Beli
Lepas dah try yang free dan mereka puas hati, barulah mereka percaya dan lagi yakin nak beli produk berbayar yang kita tawarkan.

STEP 5: Loyal/ Setia / Obses
Jika produk dan servis kita tu berkualiti, mereka akan setia dengan brand kita dan tak cari lain. Mereka sanggup spend banyak duit untuk dapatkan produk kita tu. Dan lagi best, mereka akan viralkan dengan kenalan mereka yang lain!

Sebab tulah penting untuk kita buat marketing non stop, supaya pelanggan nampak kita ni aktif dan trusted. Dapat sesuatu kali ni?

#RichAcademy #RichInfo

Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...