Skip to main content

3 SEBAB KENAPA MARKETING PENTING DAN TAK BOLEH STOP


Kalau sebut je pasal pemasaran atau marketing, biasanya usahawan ni akan ingat, oh.. masuk tv. Oh.. iklankan produk dekat radio, oh.. naikkan billboard, masuk majalah. 




Sebenarnya marketing ni luas. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Untuk usahawan yang baru berniaga, kebanyakannya mereka takde modal yang besar untuk terus buat marketing kos tinggi ni. 

Jadi, lagi bagus kalau mereka ni mulakan dulu dengan teknik marketing yang percuma. Risiko pun rendah dan lebih menjimatkan mereka. 



Ada banyak je teknik-teknik atau strategi marketing yang percuma dan kalau anda buat dengan betul, impaknya lagi dasyat dari yang berbayar. 


Penting ke buat marketing ni? 




Nyawa sesuatu bisnes bergantung pada marketing. Kalau bisnes tu tak buat marketing dengan konsisten, tak bagitahu orang ramai, bisnes tu boleh meninggal awal/rugi awal. 


Marketing ni ibaratnya macam orang tengah antara produk kita tu dengan bakal pelanggan. Tapi anda mestilah targetkan pada pelanggan yang betul dan tepat. Kalau salah sasaran, kos marketing boleh melebur dan tak dapat pulangan apa-apa. 

Walaupun produk anda bagus macam mana sekalipun, kalau takde orang yang tahu, sia-sia je. Faham ke faham ni? 

Nak tahu 3 Sebab kenapa marketing ni penting untuk bisnes anda? Baca sampai habis okay? 

1. Nak buatkan bakal pelanggan kita tu kenal produk dan servis anda




Bila anda buat bisnes tapi tak buat marketing, orang takkan tahu dan kenal produk anda tu. 

Marketing adalah untuk kita beritahu orang ramai tentang produk atau servis kita tu memang boleh selesaikan masalah mereka. 

Sebab tu bila buat marketing, kita kena banyakkan berkongsi maklumat, tips, info, tutorial kepada bakal pelanggan. 

Semua ni adalah untuk menarik minat orang dan membina keyakinan pada orang ramai. Dengan ilmu, orang akan jadi yakin. 


2. Nak tanamkan brand kita dalam minda bakal pelanggan



Cuba tengok brand terkenal macam Maggi dan Milo. Walaupun mereka ni dah ada ramai pengguna setia, tapi mereka tetap buat marketing setiap hari. 

Kerana mereka tahu, orang ni perlu diingatkan selalu. Bila dah selalu nampak, selalu dengar, lama-lama brand tu akan jadi sebati dengan mereka. 

Kalau orang sebut je mee segera je, mesti akan ingat Maggi. Bila sebut je minuman coklat bertenaga, mesti ingat Milo. Kan best macam tu? 

3. Nak bersaing secara sihat dalam pasaran



Semua bisnes mesti ada pesaing. Takde bisnes yang takde pesaing. Kalau tengok brand hebat macam Apple, pun mereka ada pesaing sendiri macam Samsung, Oppo, Huawei dan sebagainya.

Sebenarnya persaingan macam ni bagus. Benda ni akan wujudkan banyak pilihan untuk bakal pelanggan buat pilihan. Mereka boleh memilih mana yang terbaik untuk duit dan kehidupan mereka. 

Bila dah wujud banyak persaingan macam ni, brand tu mestilah tonjolkan apa keunikan yang mereka ada. Kalau semua brand sama je, takde kelainan, nampak sama di mata pelanggan, macam mana nak buat orang tertarik?


Sebab tulah, salah satu cara untuk tarik minat orang, sesuatu bisnes tu boleh offer keunikan dari segi harga, kualiti servis yang mereka boleh tawarkan, freegift, material dan macam-macam lagi cara untuk nampak kelainan dari brand yang lain. 


Korang dapat ke dapat sesuatu kali ni? Kalau dapat sesuatu, cer komen dekat bawah ni tanda korang memang sporting. 

Siapa sini yang ada masalah..

-Sales masih tak meningkat hari ke hari

-Dah habis banyak duit buat marketing 
berbayar tapi takde pulangan langsung.

-Stres sebab dah pening kepala dan tak tahu teknik marketing mana satu yang berkesan dan boleh tarik banyak sales pada bisnes.

Buat apa keluar duit banyak nak belajar ads berbayar sedangkan yang Percuma pun kita tak habis guna lagi? 

Kalau anda berminat nak jimatkan kos marketing,  EBOOK 7 TEKNIK MARKETING PADU DAN HIGH IMPACT ni sangat sesuai untuk anda dapatkan. 

Ebook ni sesuai untuk siapa ya? 

-Founder bisnes
-Dropship 
-Agen
-Stokis

..dan mereka yang buat bisnes tapi nak belajar ilmu marketing terkini. 





Tekan link dekat bawah ni untuk kami bantu anda naikkan sales bisnes dengan teknik marketing percuma dan sangat berkesan! 

SAYA NAK EBOOK
SAYA NAK EBOOK






SAYA NAK EBOOK
SAYA NAK EBOOK


"Rezeki yang paling bermanfaat dikurniakan pada manusia ialah ilmu" -Ammar Fadzil

#richacademy
#contentmarketing
#googlemarketing









Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...