Skip to main content

5 CARA SIMPLE GUNAKAN DATABASE UNTUK BUAT DUIT

Semua orang tahu, Database Is King ! Tapi kalau ada database yang banyak sahaja tak cukup. Apa yang lagi penting ialah macam mana kita nak gunakan database ni untuk buat duit dalam bisnes kita. 

Database ni boleh jadi nama pelanggan, nombor telefon pelanggan, alamat email dia dan juga bilangan followers kita di media sosial.

Ada 5 cara yang anda boleh buat supaya database anda tu 'hidup' dan boleh tukarkan jadi duit yang banyak ke dalam bisnes anda.Nak tahu ke nak tahu? Ha.. kalau nak tahu, baca sampai habis ya.

1. Bertanya khabar




Lepas pelanggan dah beli produk anda, anda jangan lupakan mereka pula. Apa yang anda patut buat ialah cuba bina hubungan dengan mereka. Caranya ialah anda bertanya khabar dan anda ucapkan terima kasih kerana mereka pilih brand anda.

Ramai orang, bila pelanggan dah beli, mereka tak tanya khabar pun sampaikan bila nak follow up balik, pelanggan tu pun dah tak ingat dia ni siapa. Tak best la macam tu kan?

Antara tips untuk anda follow up pelanggan ni ialah .. anda boleh follow up mereka lepas hari yang ke 3, hari yang ke 5, hari yang 7 dan hari yang ke 21 dari hari mereka mula membeli dengan anda. 


2. Bagi 'value'



Kalau nak pelanggan anda tu terharu dan setia dengan anda, anda kena rajinkan untuk berkongsi tips-tips berharga yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan. 

Contohnya kalau anda jual produk kuruskan badan, anda boleh kongsikan tips macam mana nak pilih makanan yang sihat dan kurang lemak, tips macam mana nak berdiet dan sebagainya. 

Dengan cara macam ni, pelanggan anda akan rasa anda ni memang betul-betul nak bantu mereka berjaya turunkan berat badan. 


3. Bagi freegift



Semua orang suka benda yang percuma, betul kan? Sama juga dengan database anda tu. Sekali sekala, umumkan yang anda nak bagi freegift percuma dekat mereka sebagai tanda penghargaan anda pada mereka.

Nak bagi freegift ni tak semestinya kena bagi yang mahal-mahal. Cukup hadiah yang simple sahaja tapi boleh buatkan mereka rasa terharu dan dihargai. Niatkan sebagai sedekah dan anda pun akan dapat saham pahala. " The more you give, the more you will get back! "




4. Bagi promosi istimewa




Kalau anda nak lancarkan produk baru, pakej yang baru, ataupun anda nak buat promosi sempena.. pastikan anda utamakan database anda ni dulu sebelum anda bagitahu dekat umum. 

Database ni kan terbahagi pada 3 jenis, iaitu klien, pelanggan dan bakal pelanggan/prospek.

1. Klien =  mereka yang dah beli lebih dari 1 kali
2. Pelanggan = mereka yang beli cuma 1 kali sahaja
3. Prospek/ fans/ bakal pelanggan = mereka yang belum lagi membeli dengan anda

Sebaiknya anda utamakan dulu database yang nombor 1 dan 2 kerana mereka ni pernah membeli dengan anda dan trust mereka ni lebih tinggi. Dan bila anda tawarkan offer tak masuk akal macam ni, lagi eksited lah mereka nak dapatkan produk anda tu.


Tips bonus: Anda juga boleh tarik database berkualiti macam klien dan pelanggan ni untuk jadi agen produk anda. Database jenis ni mereka sangat yakin dengan anda kerana mereka dah guna dan dapat hasil positif. Mereka mesti seronok nak join sebab anda tawarkan peluang untuk mereka buat duit.



5. Kongsi result/ testimoni



Orang ni dia akan membeli bila dah percaya dan mula yakin. Dan cara nak yakinkan orang ni adalah dengan kita banyakkan berkongsi testimoni atau kisah-kisah pelanggan kita yang dah berjaya.

Untuk tips yang ni, anda boleh gunakan untuk database jenis 'prospek'  kerana mereka ni belum lagi cuba produk anda. 

Tetapi bila anda selalu tunjukkan testimoni dekat mereka, cerita-cerita orang yang berjaya bila gunakan produk anda tu, lama-lama mereka pun jadi percaya dan teringin nak cuba produk anda tu.



Dapat ke dapat sesuatu kali ni? Kalau dapat, cuba bagi reactions kat bawah tu ataupun anda boleh komen tanda anda ni memang sporting!

#richacademy
#contentmarketing
#googlemarketing



Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...