Skip to main content

5 TIPS BAGAIMANA NAK HIDUP BERKAT


Kalau ada pilihan, anda nak yang mana satu?

Buat sikit jer, tapi hasilnya banyak. Atau.. Buat banyak banyak benda, tapi hasil yang kita dapat tu sikit jer..

Contoh saya bagi bila kita kerja. Kita kerja pagi petang siang malam, siap overtime, buat part time lagi. Tapi gaji yang kita dapat tu rasa macam tak cukup. Hutang dan masalah bertimbun-timbun. Gaji tu rasa macam sikit je. Macam hilang tak tahu pergi mana.



Ataupun kita ni kerja biasa jer, tapi gaji kita cukup untuk bayar bil semua, masalah kurang, hati tenang, hidup gembira, dan dengan gaji tu tadi siap boleh belanja kawan-kawan makan lagi!



Inilah namanya Kuasa Berkat.

Macam mana nak dapat BERKAT ni? Jom baca 5 tips kat bawah ni. 

1) SYUKUR



Bila kita syukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat yang Dia bagi tu. Bayangkan kalau yang sikit pun kita dah happy, kita berterima kasih sangat pada Dia, kita gunakan apa yang Dia bagi tu dengan baik, mesti dia akan bagi kita lagi banyak benda.

2) SOLAT





Buktikan yang kita ni betul-betul syukur pada Dia. Caranya adalah dengan jaga solat 5 waktu. Solat tak boleh tinggal. Mesti awal waktu. Sebab itulah 'cable' untuk kita berpaut. Nak mintak apa pun cepat je sampai pada Dia kalau solat kita jaga.

3) SELAWAT



Allah suka bila kita berselawat. Sekali kita selawat, 10 kali Allah berselawat atau turunkan rahmat Dia pada kita balik. Dengan berselawat ni jugak dapat pecahkan 'tembok' yang halang kita untuk berjaya. Kalau terlupa pun bagus selawat.

4) SEDEKAH



Dengan sedekah, dapat bukak banyak jalan rezeki masuk pada kita. Sedekah bukan dengan duit je. Kita boleh sedekah dengan tenaga, ilmu dan idea pada orang lain. Bila buat benda tu, niatkan lah dulu nak bersedekah.

5) SAYANG


Kita mesti sayang orang di sekeliling kita terutamanya keluarga kita, adik beradik, mak ayah. Kongsikan apa yang kita ada pada mereka. Buat mereka ni gembira. InsyaAllah, hubungan pun akan lebih rapat, rezeki pun makin murah!







Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...