Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

5 TIPS BAGAIMANA NAK HIDUP BERKAT

Kalau ada pilihan, anda nak yang mana satu? Buat sikit jer, tapi hasilnya banyak. Atau.. Buat banyak banyak benda, tapi hasil yang kita dapat tu sikit jer.. Contoh saya bagi bila kita kerja. Kita kerja pagi petang siang malam, siap overtime, buat part time lagi. Tapi gaji yang kita dapat tu rasa macam tak cukup. Hutang dan masalah bertimbun-timbun. Gaji tu rasa macam sikit je. Macam hilang tak tahu pergi mana. Ataupun kita ni kerja biasa jer, tapi gaji kita cukup untuk bayar bil semua, masalah kurang, hati tenang, hidup gembira, dan dengan gaji tu tadi siap boleh belanja kawan-kawan makan lagi! Inilah namanya Kuasa Berkat. Macam mana nak dapat BERKAT ni? Jom baca 5 tips kat bawah ni.  1) SYUKUR Bila kita syukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat yang Dia bagi tu. Bayangkan kalau yang sikit pun kita dah happy, kita berterima kasih sangat pada Dia, kita gunakan apa yang Dia bagi tu dengan baik, mesti dia akan bagi kita lagi banyak benda. 2) SOLAT Buk

CARA SIMPLE BUAT VIDEO TESTIMONI

Kalau anda pernah 'screenshot' whatsapp dari customer yang kata, 'bro, barang dah sampai ni. Terima kasih' dan anda kata itu testimoni, sebenarnya itu bukan testimoni tapi penyataan sahaja. Dia cuma bagitahu barang dah sampai. Tapi bila kata testimoni, ia adalah 'story' pelanggan anda. Pengalaman dia sepanjang dia guna produk anda tu. Apa yang dia rasa bila guna produk anda. Best ke? Tak best ke?Ha.. Itu baru testimoni. Kenapa anda kena ada video testimoni ni? Saya bagi contoh bila anda tak pernah masuk 1 gua yang baru je orang jumpa kat suatu tempat ni. Anda sendiri tahu yang takde sapa pernah masuk gua tu lagi. Apa perasaan anda masa tu? Mesti anda akan takut nak masuk. Tapi bila anda tahu, ramai orang pernah masuk gua tu kata best, selamat, sejuk dan sebagainya, secara automatik anda pun akan berani nak masuk dan akan cuba nak cuba pergi ke situ. Ini sebagai contoh jela. Macam tu jugak dengan produk. Bila produk anda tu jarang ora

5 JENIS VIDEO NI BOLEH NAIKKAN BISNES ANDA

Trend sekarang ni, orang lagi suka tengok video dari gambar. Setuju tak? Kalau boleh, pergi mana-mana mesti nak buat video, mesti nak rakam, mesti nak rekod. Sebagai kenangan la katakan! Tapi apa kata anda yang ada buat bisnes tu, buat juga video sebab dengan video ni boleh naikkan nama bisnes anda tau. Ha.. Jom usha 6 jenis video kat bawah ni yang anda boleh cuba buat supaya sales bisnes anda tu naik meroket! 1) Travelog Bila anda pergi ke suatu tempat yang menarik, sama ada untuk melancong atau sebagainya, rakam la video sepanjang perjalanan anda ke sana. Ramai orang jenis dia suka tengok view suatu tempat. Mungkin dia tak pernah lagi pergi ke situ..Sebab bukan semua orang ada peluang nak melancong. Jadi, bila dia tengok video anda tu, dia pun akan dapat 'feel' keseronokan yang anda rasa. Last-last, dia mesti akan viralkan video anda tu dekat kawan-kawan dia! Kan untung tu. 2) Behind The Scene Saya takdela suruh anda untuk set up studio sendiri. M

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de

2 SEBAB KENAPA KITA DILARANG MENJUAL

Orang kata kalau buat bisnes kena jual, baru dapat duit. Kalau tak jual, macam mana orang nak beli dengan kita? Betul ke?Hm..   Okay, nak tahu betul ke tak, saya bagi 1 contoh situasi. Kalau anda pergi shopping mall, lepas tu anda nampak dekat depan satu kedai tu ada mamat yang tengah bagi flyers. .  Saya nak tanya, anda suka tak bila dapat flyers tu? Apa perasaan anda?  Majoriti akan setuju dengan saya yang kita mesti akan rasa tak selesa dan akan cuba untuk guna jalan lain atau elak dari dia. Betul tak?Takpun kalau terpaksa jugak lalu kita akan buang flyers yang dia bagi lepas tu. Itulah benda biasa yang kita kena terima. Orang susah nak terima kalau kita terus datang nak menjual dekat dia.  Sebab kita sendiri pun tak suka bila orang datang jual kat kita. Manusia perlukan masa untuk percaya dengan jenama atau produk yang baru Jadi, saya kongsikan 2 sebab ni kenapa bila kita bisnes, kita jangan terus nak menjual! 1) ORANG AKAN LARI DARI KITA Bila kita ada n