Skip to main content

5 JENIS VIDEO NI BOLEH NAIKKAN BISNES ANDA




Trend sekarang ni, orang lagi suka tengok video dari gambar. Setuju tak? Kalau boleh, pergi mana-mana mesti nak buat video, mesti nak rakam, mesti nak rekod. Sebagai kenangan la katakan!

Tapi apa kata anda yang ada buat bisnes tu, buat juga video sebab dengan video ni boleh naikkan nama bisnes anda tau.

Ha.. Jom usha 6 jenis video kat bawah ni yang anda boleh cuba buat supaya sales bisnes anda tu naik meroket!


1) Travelog




Bila anda pergi ke suatu tempat yang menarik, sama ada untuk melancong atau sebagainya, rakam la video sepanjang perjalanan anda ke sana. Ramai orang jenis dia suka tengok view suatu tempat. Mungkin dia tak pernah lagi pergi ke situ..Sebab bukan semua orang ada peluang nak melancong. Jadi, bila dia tengok video anda tu, dia pun akan dapat 'feel' keseronokan yang anda rasa. Last-last, dia mesti akan viralkan video anda tu dekat kawan-kawan dia! Kan untung tu.


2) Behind The Scene




Saya takdela suruh anda untuk set up studio sendiri. Maksud video behind the scene ni, anda boleh rakam apa yang anda tengah buat tu, tapi ianya di sebalik tabir. Mungkin anda boleh rakam video masa anda tengah sibuk-sibuk buat persediaan nak buat live dekat fb. Tunjukkan persediaan anda nak set up tripod, setting kerusi semua tu. Orang akan tahu, oh.. macam ni ke dia siap-siap sebelum buat live. Anda boleh minta kawan anda yang tolong rakamkan.

3) Motivasi



Bila anda dapat idea bila anda baca buku ke, bila anda pernah pergi seminar ke, apa kata anda buat 1 video dan kongsikan video tu pada kawan-kawan anda. Bila anda kongsi, anda akan lagi jelas tentang ilmu tu dan orang lain pun akan ter inspirasi dengan apa yang anda kongsikan. Mungkin ada kawan-kawan anda yang tengah down, tengah sedih.. Jadi, bila anda buat video tu dan anda niat nak bagi semangat pada orang, insyaAllah anda pun akan jadi lagi semangat!

4) Demo



Contoh kalau anda memang tahu pasal bab-bab masakan ni, tahu cara pakai tudung yang betul, tahu cara nak cuci muka dengan betul, anda boleh buat video demo / tutorial. Bila anda tulis resepi, itu kurang 'feel' dan susah nak sampai pada followers anda. Bila anda buat video, lagi mudah dan menarik benda tu!


5) Testimoni



Anda mesti ada pelanggan tetap yang selalu beli dengan anda kan? Jangan sia-siakan pelanggan anda tu. Guna mereka untuk buat 1 video testimoni. Tanya pelanggan anda apa perubahan yang dia nampak bila dah makan produk anda, apa masalah yang dia ada sebelum tu, apa pesanan dia pada orang yang belum try produk anda. Barulah orang yang tak tahu pasal produk anda tu jadi tahu. Mereka pun percaya nak beli dengan anda. Biar orang puji tentang kita, jangan kita yang puji diri sendiri. Setuju tak? Automatik, anda pun akan lagi semangat bila pelanggan anda sendiri yang puji!


Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...