Skip to main content

2 SEBAB KENAPA KITA DILARANG MENJUAL




Orang kata kalau buat bisnes kena jual, baru dapat duit. Kalau tak jual, macam mana orang nak beli dengan kita? Betul ke?Hm.. 

Okay, nak tahu betul ke tak, saya bagi 1 contoh situasi. Kalau anda pergi shopping mall, lepas tu anda nampak dekat depan satu kedai tu ada mamat yang tengah bagi flyers.

Saya nak tanya, anda suka tak bila dapat flyers tu? Apa perasaan anda? 

Majoriti akan setuju dengan saya yang kita mesti akan rasa tak selesa dan akan cuba untuk guna jalan lain atau elak dari dia. Betul tak?Takpun kalau terpaksa jugak lalu kita akan buang flyers yang dia bagi lepas tu.

Itulah benda biasa yang kita kena terima. Orang susah nak terima kalau kita terus datang nak menjual dekat dia. Sebab kita sendiri pun tak suka bila orang datang jual kat kita.


Manusia perlukan masa untuk percaya dengan jenama atau produk yang baru

Jadi, saya kongsikan 2 sebab ni kenapa bila kita bisnes, kita jangan terus nak menjual!

1) ORANG AKAN LARI DARI KITA




Bila kita ada niat nak menjual, kita takkan ada rasa nak bantu mereka jadi lebih baik. Kita akan buat dengan tergesa-gesa sebab nak duit. 

Orang pun akan rasa, dia ni mesti nak kenakan aku la ni. Dia ni mesti nak duit aku la ni. Hati-hati, sebab orang sekarang ni dah pandai!

2) ORANG SUSAH NAK FAHAM




Bila kita dah ada niat menjual, kita tak akan ada rasa nak prihatin atau nak kesiankan dengan masalah orang tu. 

Sebab setiap orang akan ada masalah mereka masing-masing. Bila kita niat nak menjual, kita akan selfish dan fikir pasal diri kita je. 

Sebab tulah nanti kita akan fokus pada produk semata-mata. Semua fakta, semua spesifikasi tentang produk tu kita akan cerita kat orang.

Orang ni dia tak nak tahu semua benda tu sangat. Apa yang dia nak ialah anda ni pandai ambik hati dia, pandai ambik berat tentang masalah yang dia ada. Dan anda ada cara macam mana nak bantu selesaikan masalah dia. Itu je

Contoh ikon atau brand yang mereka ada bisnes, tapi mereka tak menjual sebaliknya mereka suka berkongsi dengan orang.

a) Prof Muhaya




Beliau adalah seorang Pakar mata. Tapi beliau selalu masuk tv, berkongsi dan beri inspirasi tentang cara nak jadi positif, kena jaga hati dan sebagainya. Lama-lama orang tertarik dan berminat nak tahu pasal apa yang beliau buat. 

b) John Deere




Jenama dari US ini bergiat aktif dalam bidang teknologi traktor untuk tanaman sayuran dan tanaman. Tapi anda jangan pelik, dia tak jual pun produk tu. 

Tapi benda pertama mereka buat ialah mereka terbitkan 1 majalah untuk berkongsi tentang cara yang betul macam mana nak bagi tanaman supaya subur dan sihat. 

Bila orang dah minat nak tahu, barulah mereka akan beli traktor tu supaya lagi banyak hasil boleh dapat kalau dengan kemudahan teknologi.

c) Air Asia




Syarikat ni banyak berkongsi tentang tempat-tempat menarik kalau anda seorang yang suka travel. Mereka akan share tempat menarik yang ada kat satu negeri atau negara tu. Lama-lama orang pun jadi teringin nak pergi dan mereka tak pilih flight lain selain Air Asia!

d) Cornflakes




Brand ni kalau anda perasan, mereka ada share tentang resepi yang best best kat belakang kotak cornflakes mereka. Sebab apa? Sebab mereka nak tarik orang cuba resepi sedap mereka tu. Lama-lama orang terpaksa la beli produk tu. Nampak kan?


Maksud saya kat sini, bukanlah anda tak boleh menjual langsung. Tapi, benda pertama kena buat ialah sharing dulu. Nombor 2 baru bagitahu apa kepakaran yang anda ada untuk bantu mereka ni. 

Nak share apa? 

Anda boleh kongsi info, tips, cara-cara/panduan yang betul nak guna, cara-cara nak jimat, apa kesilapan orang yang dia kena elakkan, berita terkini, story tentang anda pergi ke suatu tempat, story tentang apa yang anda tengah buat sekarang, pesanan, nasihat kat orang ramai.

Semua benda ni kalau anda buat, sebenarnya akan buat orang lagi tertarik nak dekati anda. Percayalah. 

Bila anda dah berjaya tarik orang jadi followers/fans setia anda, barulah bila anda ada macam-macam produk pun, mereka confirm akan beli dengan anda sebab mereka dah percaya!

Anda faham ke faham ni? Nanti saya share lagi k!















Comments

POPULAR POST

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c

CARA NAK BUAT FLYERS YANG MEMUKAU

Untuk orang berbisnes, salah satu cara nak buat marketing melalui offline yang masih lagi relevan adalah dengan menggunakan flyer s.   Tapi, macam mana nak pastikan flyers yang kita buat tu boleh tarik mata orang untuk baca dan dia tak buang?  Ha, itulah persoalannya. Jom baca sampai habis sebab a da tips sebelum anda nak buat flyers ni,anda disarankan untuk guna formula A.I.D.A dulu.  Eh! Apa kena mengena dengan AIDA pulak? Jangan salah faham, ini adalah formula yang anda boleh follow kalau nak buat flyers. Okay? Apa tu A.I.D.A ? A - Attention / Perhatian Anda boleh tarik mata orang yang baca flyers anda dengan tajuk yang tertanya-tanya/ takut. Sebagai contoh, ' AMARAN.. JANGAN BACA KALAU UMUR ANDA 18 TAHUN KE BAWAH , mesti mereka akan tertanya-tanya, dah kenapa ni? Macam ada sesuatu jer. Dan lepas tu barulah mereka tertarik nak baca.  Atau kalau anda jual produk putih, anda boleh buat, ' MAKAN KAPSUL 1 BIJI SEHARI KALAU MAKAN LEBIH NANTI TERLEBIH PUTIH