Skip to main content

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'



TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK



1) Go live dekat tempat menarik

Dah kata pun nama live, mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut.




2) Selitkan emosi dalam sesi fb live

Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu.



3) Kongsi ilmu berguna

Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan dekat followers anda tu.Lagi banyak anda beri, lagi suka la followers anda nak join live anda lepas ni. 





4) Terus masuk point yang anda nak share

Bila anda ada dah start buat live, anda mesti teruskan cakap apa yang anda nak cakap. Tak perlu tunggu orang ramai-ramai masuk dalam live anda tu. Nanti orang tak suka nak join live anda sebab anda jenis yang lambat dan buat orang yang dah join, tertunggu-tunggu lama. Jangan risau, mereka yang tak sempat tengok masa anda tengah live, mereka boleh tengok kemudian.



5) Jangan layan komen lebih-lebih

Bila anda layan komen followers anda lebih-lebih, takut-takut point penting yang anda nak sampaikan tu jadi tertinggal dan terlupa. Last-last anda akan terlepas jauh dari apa yang anda dah plan!



6) Jangan baca skrip

Bila anda baca skrip, tu menampakkan yang anda ni tak yakin dan takut salah. Anda hanya perlu cakap sahaja apa yang anda dah plan. Kalau nak ada skrip pun tak salah sebagai guideline, tapi jangan sampai anda baca sebijik-sebijik sudah la.




7) Pakai apa yang ada di tangan

Apa yang anda ada? Smartphone kan? Guna je apa yang ada dulu. Tak perlu nak set up studio sendiri, tak perlu nak ada tripod, tak perlu nak ada fon mahal-mahal. Guna je apa yang anda ada dulu dekat tangan. Lepas tu lama-lama dah biasa, baru anda baiki dan tambah baik mana yang kurang.





8) Bagi hadiah

Siapa yang tak suka dapat barang percuma kan? Kalau anda buat bisnes, anda boleh bagi hadiah pada followers anda yang tengok live anda sampai habis. Dan bukan tu je, anda boleh suruh mereka ni aktif dalam video live anda dengan cara LIKE, KOMEN dan SHARE live anda tu supaya lagi ramai orang yang akan tengok dengan percuma!






Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...