Skip to main content

CARA SIMPLE BUAT VIDEO TESTIMONI



Kalau anda pernah 'screenshot' whatsapp dari customer yang kata, 'bro, barang dah sampai ni. Terima kasih' dan anda kata itu testimoni, sebenarnya itu bukan testimoni tapi penyataan sahaja. Dia cuma bagitahu barang dah sampai.

Tapi bila kata testimoni, ia adalah 'story' pelanggan anda. Pengalaman dia sepanjang dia guna produk anda tu. Apa yang dia rasa bila guna produk anda. Best ke? Tak best ke?Ha.. Itu baru testimoni.

Kenapa anda kena ada video testimoni ni? Saya bagi contoh bila anda tak pernah masuk 1 gua yang baru je orang jumpa kat suatu tempat ni.

Anda sendiri tahu yang takde sapa pernah masuk gua tu lagi. Apa perasaan anda masa tu? Mesti anda akan takut nak masuk.

Tapi bila anda tahu, ramai orang pernah masuk gua tu kata best, selamat, sejuk dan sebagainya, secara automatik anda pun akan berani nak masuk dan akan cuba nak cuba pergi ke situ.

Ini sebagai contoh jela.

Macam tu jugak dengan produk. Bila produk anda tu jarang orang dengar, takde result/ hasil yang orang pernah pakai kata bagus, orang pun tak berani nak pakai! Yelah, nanti apa-apa jadi macam mana?

Jadi, saya kongsikan contoh simple macam mana nak interview pelanggan yang dah pernah pakai produk kita.


Peralatan yang anda kena ada sediakan

1) Tripod.



Kalau anda tak nak lenguh tangan pegang fon lama-lama, baik anda beli je tripod. Murah je. RM 10 boleh dapat. Siyes tak rugi. Nak senang order kat lazada.




2) Smartphone.



(Saya cadangkan anda guna I phone/ Oppo. Kualiti memang superb. Tak perlu cari DSLR bagai. Smartphone lagi senang nak handle )

3) Skrip testimoni bertulis pada 1 kertas.



Ini sebagai rujukan untuk anda bila nak tanya pelanggan. Takdelah berterabur masa tanya. Yang penting ikut flow.



4) Download apps FILMORAGO kalau anda guna Android dan I MOVIE untuk pengguna IOS ( Yang ni untuk trim video, letak lagu, letak logo, adjust suara, dan macam-macam boleh buat. Serbaguna! )


Peraturan bila nak rakam video

1) Letakkan fon anda tu dalam mod 'airplane' supaya segala notification tak ganggu video anda masa tengah rakam. Rugi kalau ada bunyi lain yang masuk dalam video anda tu. Silap haribulan kena ulang balik!

2) Pilih background belakang yang lawa. Lagi bagus belakang tu ada wallpaper.

3) Pastikan sekeliling anda tu senyap. Kalau bising, cari tempat yang senyap contoh dalam bilik.



4) Cakap awal-awal dekat pelanggan kita tu yang kita akan bagi hadiah kat dia. Barulah dia semangat nak buat video. Murah mahal tak penting. Yang penting kita memberi.

5) Terangkan dengan jelas apa pelanggan anda kena buat. Ajar dia apa flow video yang anda nak rakam tu. Step pertama apa, kedua apa.. berapa lama masa.

6) Bagi contoh dekat pelanggan anda. Bila anda tanya tentang masalah, bagi contoh masalah. mungkin masalah jerawat yang dia ada. Ucapan? ucapan terima kasih ke. Yang penting bagi dia contoh. Sebab bukan semua orang boleh cakap lancar. Ada juga mereka yang tak pandai bercakap. Jadi ajar mereka.

7) Guna smartphone yang ada kualiti gambar yang baik. Bila gambar cantik, orang jelas nak tengok video anda.

8) Sebelum anda nak rakam, pastikan anda 'lock' gambar kat screen fon anda tu. Caranya tekan lama-lama dekat screen fon sampai nampak simbol kunci.Sebab bila tak 'lock' cahaya belakang akan berubah-ubah. So, nampak tak cantik sebab lain-lain cahaya. Kejap gelap kejap terang.

9) Pastikan storage fon anda tu banyak lagi kosong. Sekurang-kurangnya ada 1 GB atau 500 MB kosong.

Tips:

Masa anda nak rakam, biarkan je fon anda rakam sampai habis. Tak perlu tekan button stop lepas tu nak play balik. Sebab nanti anda boleh trim video tu guna apps FILMORAGO


Skrip Video Testimoni



1) Boleh tak sis/ bro kenalkan nama, kerja apa dan tinggal kat mana?

2) Boleh ceritakan tak 1 masalah paling besar yang sis/ bro ada sebelum ni. 

3) Bila sis/ bro ada masalah tu, apa yang buat sis/bro lagi rasa tak selesa dan risau?

4) Apa perubahan positif yang sis/bro nampak pada diri sis/bro lepas je dah guna produk ni?

5) Apa pesanan sis/bro pada orang kat luar sana yang belum lagi try produk ni?

6) Sikit kata-kata yang sis/bro nak cakap pada company/ founder produk ni?


Lepas dah siap semua tu, boleh la anda share dekat fb, youtube anda supaya orang percaya nak beli produk anda tu.




Semoga bermanfaat untuk anda!




Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...