Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

5 CARA SIMPLE GUNAKAN DATABASE UNTUK BUAT DUIT

Semua orang tahu, Database Is King  ! Tapi kalau a da database yang banyak sahaja tak cukup. Apa yang lagi penting ialah macam mana kita nak gunakan database ni untuk buat duit dalam bisnes kita.  Database ni boleh jadi nama pelanggan, nombor telefon pelanggan, alamat email dia dan juga bilangan followers kita di media sosial. Ada 5 cara yang anda boleh buat supaya database anda tu 'hidup' dan boleh tukarkan jadi duit yang banyak ke dalam bisnes anda.Nak tahu ke nak tahu? Ha.. kalau nak tahu, baca sampai habis ya. 1. Bertanya khabar Lepas pelanggan dah beli produk anda, anda jangan lupakan mereka pula. Apa yang anda patut buat ialah cuba bina hubungan dengan mereka. Caranya ialah anda bertanya khabar dan anda ucapkan terima kasih kerana mereka pilih brand anda. Ramai orang, bila pelanggan dah beli, mereka tak tanya khabar pun sampaikan bila nak follow up balik, pelanggan tu pun dah tak ingat dia ni siapa. Tak best la macam tu kan? Antara tips untuk anda follow

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a

5 KESILAPAN REPLY WHATSAPP SAMPAI PELANGGAN RASA NAK CABUT LARI

Pernah tak customer anda dah whatsapp  , tapi tup.. tup, customer tu tak balas whatsapp kita dan yang lagi teruk, dia ' bluetick ' kan jer kita? Pernah ke pernah?  Ha.. kalau anda pernah kena macam ni, baik anda baca 5 KESILAPAN REPLY WHATSAPP  yang ramai owner bisnes biasa buat. Sekurang-kurangnya anda boleh elakkan dan barulah senang nak close sales lepas ni. 1.Terlalu nak menjual terus/ hard sell Kalau kita jumpa orang tak kenal, apa mula-mula yang kita akan buat? Mesti kita akan tanya nama dia, tinggal dekat mana.. Betul tak?  Kesilapan yang biasa owner bisnes ni buat, bila orang pm je dia tanya pasal produk, dia terus nak cerita tentang produk juga. Kalau owner bisnes yang bagus, mereka akan bina hubungan dengan pelanggan tu dulu dengan tanya nama, tanya dia dapat tahu tentang kita ni dari mana, apa masalah yang dia ada..  Bila anda buat macam ni, takdelah nampak yang anda sedang terdesak sangat. Nampak macam memang anda ni nak bantu pelanggan tu. Be

MACAM MANA STUDENT BOLEH BUAT DUIT BANYAK DENGAN BERNIAGA

Siapa cakap student tak boleh buat duit masa belajar? Sebenarnya ramai je yang belajar tapi dalam masa yang sama, mereka buat duit sampingan macam jual produk makanan, produk skincare dan sebagainya.  Saya dulu pun pernah juga berniaga sampingan dengan jadi dropship mula-mula.Alhamdulillah, boleh la buat geli-geli RM200-300 sebulan. Itupun secara 'part time' jer. Jual dengan kawan-kawan, classmate dan jugak buat secara online dekat instagram dan facebook. Meh saya kongsikan dengan anda semua macam mana nak berniaga tapi dalam masa yang sama masih lagi belajar. 1. Kena ada jadual belajar dan jadual berniaga Bila anda nak berniaga, anda kena susun dan bahagikan masa betul-betul sebab fokus utama anda adalah belajar. Buat 1 jadual bila masa nak ulangkaji, bila masa nak post di media sosial dan bila masa nak jawab whatsapp pelanggan. Jadi dekat sini anda lebih sistematik dan dan dapat fokus pada pelajaran juga. Ala. Cuba tengok contoh macam nak bina rumah. Pun