Skip to main content

MACAM MANA STUDENT BOLEH BUAT DUIT BANYAK DENGAN BERNIAGA


Siapa cakap student tak boleh buat duit masa belajar? Sebenarnya ramai je yang belajar tapi dalam masa yang sama, mereka buat duit sampingan macam jual produk makanan, produk skincare dan sebagainya. 





Saya dulu pun pernah juga berniaga sampingan dengan jadi dropship mula-mula.Alhamdulillah, boleh la buat geli-geli RM200-300 sebulan. Itupun secara 'part time' jer. Jual dengan kawan-kawan, classmate dan jugak buat secara online dekat instagram dan facebook.

Meh saya kongsikan dengan anda semua macam mana nak berniaga tapi dalam masa yang sama masih lagi belajar.


1. Kena ada jadual belajar dan jadual berniaga





Bila anda nak berniaga, anda kena susun dan bahagikan masa betul-betul sebab fokus utama anda adalah belajar. Buat 1 jadual bila masa nak ulangkaji, bila masa nak post di media sosial dan bila masa nak jawab whatsapp pelanggan. Jadi dekat sini anda lebih sistematik dan dan dapat fokus pada pelajaran juga. Ala. Cuba tengok contoh macam nak bina rumah. Pun kena ada jadual bila nak siap, harini kena siapkan bahagian tiang dan sebagainya. Takkanlah hidup kita yang lagi penting ni takde jadual. Setuju ke setuju? Barulah cukup masa 24 jam yang kita ada tu.



2. Pilih bisnes yang bebas risiko/ modal rendah




Untuk mula-mula nak berniaga, jangan keluarkan banyak modal untuk buat bisnes yang besar terus. Ditakuti kita berisiko besar untuk gagal dekat situ. Maksudnya, mulakan dulu dengan bisnes yang risiko dia kecil. Contoh macam anda jadi dropship dulu. Dari situ anda cari pengalaman macam mana nak menjual, macam mana nak handle customer yang pm, dekat mana nak post dan sebagainya. Lepas dah ada pengalaman, barulah anda boleh fikir apa next step, sama ada nak jadi stokis ataupun buat produk sendiri.



3. Sentiasa belajar dan dapatkan ilmu




Apa-apa pun yang kita buat, mesti kena ada ilmu. Bila dah berniaga, anda mesti tambahkan ilmu, sentiasa belajar tentang marketing, tentang sales, tentang cara pengurusan duit macam mana. Saya faham kebanyakan student, mereka takde modal yang besar nak pergi seminar mahal-mahal dekat luar tu. 

Lagi satu, mereka takde masa sangat nak pergi seminar. Chop! Sekarang ni kan dah makin mudah? Anda boleh dapatkan ilmu dari smartphone jer. Boleh baca blog, tengok instagram dan sebagainya. Takde alasan untuk tak belajar. Bila ada ilmu, barulah senang nak berniaga.


Anda jangan pening-pening lagi dah nak cari ilmu marketing ni dekat mana. Saya dah siap tulis khas untuk mereka yang minat berniaga tapi takde modal yang besar nak pergi seminar mahal-mahal tu. Ini dia Ebook 7 Teknik Marketing Padu dan High Impact. Belajar cuma di hujung jari jer untuk naikkan sales bisnes anda tu.




Apa yang istimewa sangat EBOOK ni?

-Tips dari pengalaman sebenar saya sendiri
-Boleh baca banyak kali tanpa had (unlimited)
-Baca dekat mana-mana sahaja
-Senang faham dan ayat dalam bentuk point
-Disertakan dengan gambar menarik

Ada offer menarik untuk anda Sempena Bulan Merdeka ni! Selain dapat jimat RM 30 dari harga sebenar, anda akan dapat sekali Percuma 1 lagi EBOOK TRUST yang boleh buatkan orang percaya dan berebut nak beli dengan anda. Ya..Percuma!



Anda nak saya bantu, boleh tekan je link di bawah ni sekarang. Saya doakan anda semakin kaya dan berjaya, insyaAllah..

 NAK EBOOK
 NAK EBOOK































Comments

POPULAR POST

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c

CARA NAK BUAT FLYERS YANG MEMUKAU

Untuk orang berbisnes, salah satu cara nak buat marketing melalui offline yang masih lagi relevan adalah dengan menggunakan flyer s.   Tapi, macam mana nak pastikan flyers yang kita buat tu boleh tarik mata orang untuk baca dan dia tak buang?  Ha, itulah persoalannya. Jom baca sampai habis sebab a da tips sebelum anda nak buat flyers ni,anda disarankan untuk guna formula A.I.D.A dulu.  Eh! Apa kena mengena dengan AIDA pulak? Jangan salah faham, ini adalah formula yang anda boleh follow kalau nak buat flyers. Okay? Apa tu A.I.D.A ? A - Attention / Perhatian Anda boleh tarik mata orang yang baca flyers anda dengan tajuk yang tertanya-tanya/ takut. Sebagai contoh, ' AMARAN.. JANGAN BACA KALAU UMUR ANDA 18 TAHUN KE BAWAH , mesti mereka akan tertanya-tanya, dah kenapa ni? Macam ada sesuatu jer. Dan lepas tu barulah mereka tertarik nak baca.  Atau kalau anda jual produk putih, anda boleh buat, ' MAKAN KAPSUL 1 BIJI SEHARI KALAU MAKAN LEBIH NANTI TERLEBIH PUTIH