Skip to main content

5 KESILAPAN REPLY WHATSAPP SAMPAI PELANGGAN RASA NAK CABUT LARI

Pernah tak customer anda dah whatsapp , tapi tup.. tup, customer tu tak balas whatsapp kita dan yang lagi teruk, dia 'bluetick' kan jer kita? Pernah ke pernah? 

Ha.. kalau anda pernah kena macam ni, baik anda baca 5 KESILAPAN REPLY WHATSAPP yang ramai owner bisnes biasa buat. Sekurang-kurangnya anda boleh elakkan dan barulah senang nak close sales lepas ni.




1.Terlalu nak menjual terus/ hard sell




Kalau kita jumpa orang tak kenal, apa mula-mula yang kita akan buat? Mesti kita akan tanya nama dia, tinggal dekat mana.. Betul tak? 

Kesilapan yang biasa owner bisnes ni buat, bila orang pm je dia tanya pasal produk, dia terus nak cerita tentang produk juga.

Kalau owner bisnes yang bagus, mereka akan bina hubungan dengan pelanggan tu dulu dengan tanya nama, tanya dia dapat tahu tentang kita ni dari mana, apa masalah yang dia ada.. Bila anda buat macam ni, takdelah nampak yang anda sedang terdesak sangat. Nampak macam memang anda ni nak bantu pelanggan tu. Best ke best?

2. Bagi testimoni tak tepat



Biasa kan kita dengar, kalau nak buat orang tu percaya adalah dengan kita tunjukkan dekat dia testimoni kita banyak-banyak, baru dia rasa nak beli? Ya betul. Memang dengan testimoni tu boleh membantu, tapi mestilah dengan cara yang betul.

Saya bagi contoh. anda jual produk kecantikan. Dan orang yang whatsapp anda tu, dia ada masalah parut jerawat susah nak hilang. Jangan la sebab nak cepat, kita hanya tunjukkan testimoni orang yang berjaya hilangkan jeragat. Kan dah tak kena dekat situ? Jadi, gunakan testimoni tu tepat pada sasaran yang kita nak bantu. Barulah berkesan!



3. Ayat budak 'wichet'





Orang sekarang ni kalau boleh, semua benda nak di ' short form' kan. Jadi, bila anda terbawa-bawa cara whatsapp yang guna ayat pendek-pendek macam ni, ditakuti bakal pelanggan anda tu susah nak faham. 

Lagi satu anda pun akan nampak macam nak tak nak jer layan dia. Jadi, reply whatsapp tu dengan ayat yang dia boleh faham dan tak menyusahkan mereka. Tapi, jangan la guna ayat skema pulak. Yang penting, orang boleh faham dah okay.



4. Guna 'double-triple'  tanda soal




Anda pernah tak dapat whatsapp yang dia letak banyak tanda soal dekat ayat last sekali? Contoh macam ni.. ' Kau nak pergi mana?? ' , ' Nak beli 1 ke 2 ?? '.. Ha, hati-hati tau.

Sebenarnya bila kita guna cara balas macam ni, automatik pelanggan anda tu akan ingat yang anda tengah marah dekat dia. Anda dah wujudkan perbualan yang serius dan bukannya happy. 

Jadi, anda kena hati-hati bila gunakan simbol yang mungkin biasa kita buat dekat kawan-kawan kita. Tapi bila dengan bakal pelanggan, kalau boleh kita elakkan. Tips bonus untuk anda. Biasakan guna emoji macam happy supaya customer senang nak faham 'mood' anda masa melayan mereka tu. 



5. 'Follow up' macam minta hutang!





'Sis dah bank in ke? ' Sis bila nak buat payment ya?' Kalau anda dapat ayat macam ni, mesti rasa seram seram sejuk kan? Mana taknya, macam nak minta hutang jer.. Risiko kalau anda buat macam ni, sama ada anda mungkin di block seumur hidup ataupun dia akan bluetick kan jer anda. 

Jadi ingat, kalau tak nak pelanggan cabut lari, elakkan buat 5 benda ni mulai sekarang. Nanti kita jumpa lagi ya untuk tips-tips yang lagi mahal. Bye!


#richacademy
#contentmarketing
#tipsclosesaleswhatsapp





Nak belajar teknik paling simple dapatkan testimoni semudah A,B,C ,
dan buat bakal pelanggan anda makin percaya nak membeli dengan anda? 
Sempena Bulan Merdeka, ada offer menarik untuk anda. 

Tekan link dekat bawah ni sekarang untuk kami bantu anda. 






Comments

POPULAR POST

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c

CARA NAK BUAT FLYERS YANG MEMUKAU

Untuk orang berbisnes, salah satu cara nak buat marketing melalui offline yang masih lagi relevan adalah dengan menggunakan flyer s.   Tapi, macam mana nak pastikan flyers yang kita buat tu boleh tarik mata orang untuk baca dan dia tak buang?  Ha, itulah persoalannya. Jom baca sampai habis sebab a da tips sebelum anda nak buat flyers ni,anda disarankan untuk guna formula A.I.D.A dulu.  Eh! Apa kena mengena dengan AIDA pulak? Jangan salah faham, ini adalah formula yang anda boleh follow kalau nak buat flyers. Okay? Apa tu A.I.D.A ? A - Attention / Perhatian Anda boleh tarik mata orang yang baca flyers anda dengan tajuk yang tertanya-tanya/ takut. Sebagai contoh, ' AMARAN.. JANGAN BACA KALAU UMUR ANDA 18 TAHUN KE BAWAH , mesti mereka akan tertanya-tanya, dah kenapa ni? Macam ada sesuatu jer. Dan lepas tu barulah mereka tertarik nak baca.  Atau kalau anda jual produk putih, anda boleh buat, ' MAKAN KAPSUL 1 BIJI SEHARI KALAU MAKAN LEBIH NANTI TERLEBIH PUTIH