Untuk orang berbisnes, salah satu cara nak buat marketing melalui offline yang masih lagi relevan adalah dengan menggunakan flyers.
Tapi, macam mana nak pastikan flyers yang kita buat tu boleh tarik mata orang untuk baca dan dia tak buang?
Ha, itulah persoalannya. Jom baca sampai habis sebab ada tips sebelum anda nak buat flyers ni,anda disarankan untuk guna formula A.I.D.A dulu.
Eh! Apa kena mengena dengan AIDA pulak? Jangan salah faham, ini adalah formula yang anda boleh follow kalau nak buat flyers. Okay?
Apa tu A.I.D.A?
A- Attention / Perhatian
Anda boleh tarik mata orang yang baca flyers anda dengan tajuk yang tertanya-tanya/ takut. Sebagai contoh, ' AMARAN.. JANGAN BACA KALAU UMUR ANDA 18 TAHUN KE BAWAH, mesti mereka akan tertanya-tanya, dah kenapa ni? Macam ada sesuatu jer. Dan lepas tu barulah mereka tertarik nak baca.
Atau kalau anda jual produk putih, anda boleh buat, 'MAKAN KAPSUL 1 BIJI SEHARI KALAU MAKAN LEBIH NANTI TERLEBIH PUTIH PULAK.' Lagi gempak kalau kalau anda guna warna merah sebab ia akan menarik orang untuk baca flyers anda tu.
I- Interest / Minat
Apa mereka akan dapat kalau mereka beli produk anda tu? Sebab orang akan tertanya, apa aku dapat kalau beli produk ni? Jadi, anda kena la tulis beberapa kelebihan / khasiat / keistimewaan produk anda berbanding produk-produk lain yang ada kat luar sana dekat flyers anda tu.
D- Desire /Keinginan
Orang beli sebab emosi. Anda mesti ganggu emosi mereka. Contohnya, anda bagi offer giler-giler kalau pm sekarang dapat hadiah percuma. Atau anda bagi harga diskaun ke. Beli 3 percuma 1.Terpulang pada anda, asalkan tawaran anda tu mampu gugat emosi mereka nak beli produk anda tu sekarang jugak.
A- Action / Tindakan
Akhir sekali, anda letak la no fon untuk mereka hubungi anda. Letak jugak akaun instagram atau facebook anda untuk mereka tengok dan kenal anda. InsyaAllah, bila mereka dah percaya, mereka akan beli.
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment