Skip to main content

9 TERTIB TULIS AYAT MENJUAL

Kalau anda nak tulis ayat copywriting / ayat nak menjual tak kisah la kat mana-mana pun, mesti ada formatnya yang anda kena ikut. 

Anda tak boleh main tulis macam tu jer. Pening pulak orang yang nak baca tu nanti. Tujuannya supaya apa yang kita tulis tu kemas, tersusun, senang faham.

Okay, kat bawah ni saya kongsikan langkah-langkah / format copywriting yang anda boleh ikut.

1) TAJUK UTAMA




Biasa kalau anda baca surat khabar, anda mesti akan cari tajuk yang best-best dulu baru anda akan baca sampai habis kan? Tajuk ni ibarat nak tarik perhatian orang la jugak atau mat salleh kata 'first impressions'. So, penting tau benda ni. Anda boleh google macam mana nak cipta tajuk yang best.


2) MASALAH UTAMA



Kalau anda jual produk makanan contohnya makanan burger, apa masalah utama orang tentang makanan burger tu? Mungkin masalahnya boleh jadi orang malam-malam lapar nak cari makanan yang simple dan sedap. So, anda ulang banyak kali masalah ni. Sebab dengan cara ni akan tarik orang yang ada masalah ni untuk berebut-rebut pergi dekat anda.

3) KRITIKALKAN MASALAH



Masalah orang tadi mereka lapar malam-malam susah nak cari makanan yang simple dan sedap. Jadi, anda takutkan mereka pulak. Kalau tinggal makan malam apa akan jadi? 
Contohnya cepat tua ke, tidur tak lena dan sebagainya. Senang cerita bagitahu kesan buruk apa akan jadi lepas tu pada diri mereka.

4) BAGI SOLUSI



Lepas dah ceritakan masalah tadi, anda bagitahu la apa yang anda boleh bantu. Anda bagitahu yang anda ada bukak kedai burger di sekitar kawasan tu. Pastikan anda selitkan perkataan 'saya boleh bantu anda dapatkan burger yang sedap' bukan 'saya ada jual burger'. Ha.. nampak ke nampak? Susubnan ayat tu main peranan tau.

5) TERANGKAN KELEBIHAN PRODUK







Anda bagitahu la apa kelebihan burger anda tu. Mungkin yang best pasal burger anda tu ialah anda guna daging yang terbaik, 100% daging asli,daging import dari Australia ke.. mungkin roti burger anda tu tak liat ke dan sebagainya.


6) APA UNIKNYA PRODUK ANDA TU?



Setiap produk mesti ada keunikan masing-masing kan? Cuba tanya, apa servis 'extra' yang kita boleh beri? Mungkin kita ada sediakan servis penghantaran rumah ke rumah ke, ,mungkin kita ada bagi percuma air mineral ke, yang penting anda lain dari penjual burger yang lain.

7) BAGI OFFER



Apa tawaran yang best kita boleh beri? Mungkin kita boleh beri offer untuk hari-hari bermusim. Contoh sempena Hari Pekerja, anda bagi offer diskaun atau harga murah dari biasa. Tujuannya untuk tarik orang beli dengan anda.

8) URGENCY



Terhadkan offer anda tu mungkin untuk 1 hari sahaja. Mungkin sah untuk 2 hari sahaja. Ini yang buatkan orang cepat-cepat nak beli dan tak tangguh nak kejar offer yang anda berikan tu!

9) CALL TO ACTION



Jangan lupa letak nombor telefon anda untuk mereka yang berminat hubungi anda.


Simple kan? Jom cuba ikut tertib tulis ayat copywriting ni!

Comments

POPULAR POST

FOKUS TU APA EH?

Mesti ramai yang selalu dengar perkataan fokus.. fokus.. Tapi apa maksud fokus tu? Bila sebut fokus, apa yang anda faham? Cuba anda letak kanta pembesar atau 'magnifying glass' dekat tengah-tengah panas terik dan halakan ke atas satu kertas.  Mesti lama-lama kertas tu boleh terbakar kan? Itulah kuasa fokus. Bila kita fokus, hasil kerja kita pun boleh jadi sangat berkualiti dan terbaik. Fokus ni ada maksud dia tau. Jom baca sampai habis. F- Fikir satu benda Anda kena fikir 1 benda dalam 1 masa. Jangan 'multi-task' sebab akan kurang kualiti dalam hasil kerja anda tu. Saya bagi contoh, kalau nak kejar arnab, kita tak boleh nak kejar 2 ekor arnab dalam 1 masa.  Kita kena pilih mana satu arnab yang kita nak kejar dan kita kejar yang tu sahaja. Barulah kita akan dapat tangkap.  Kalau nak tangkap 2 ekor arnab sekaligus, alamatnya memang satu pun anda takkan dapat. Nampak ke nampak ni? 0- Optimumkan masa Optimum bermaksud, anda kena c...

CARA BUAT FB LIVE ANDA RAMAI 'VIEWS'

TIPS MACAM MANA NAK BUAT FB LIVE ANDA RAMAI ORANG TENGOK 1) Go live dekat tempat menarik Dah kata pun nama live , mesti orang suka nak tengok secara live anda ada dekat mana sekarang. Contoh anda ada dekat taman ke, shopping mall ke, atau anda tengah ada dekat pasar tengah beli ikan ke. Lagi pelik, lagi orang suka. Cuba cari kelainan. Yang penting anda jaga mana yang patut. 2) Selitkan emosi dalam sesi fb live Pastikan anda maniskan muka dengan senyuman. Jangan biarkan sesi live anda tu macam tak de emosi. Kalau masuk part cerita kelakar, kalau boleh gelak, anda gelak! Baru cerita yang anda nak sampaikan tu, followers anda pun boleh rasa benda tu. 3) Kongsi ilmu berguna Bila anda buat live, jangan biarkan live anda tu kosong tak bererti. Pastikan anda selit satu dua ilmu ke, info ke.. mana yang anda tahu. Bila nak share, jangan fikir mereka ni dah tahu atau ' Ala.. benda remeh je ni '. Anda share je sebab ramai lagi orang yang tak tahu.Kongsikan de...

CARA PROMOTE BISNES DI GOOGLE TANPA IKLAN BERBAYAR

Kesilapan ramai usahawan hari ini, mereka suka bergantung paut pada 1 jenis platform bisnes sahaja. Contohnya kalau mereka tengok trend sekarang ni di facebook, mereka akan gunakan facebook sahaja sebagai tempat berbisnes. Kesan buruknya dekat sini, anda bakal terdedah dengan banyak persaingan kerana terlalu ramai bisnes 'berkumpul' di satu tempat. Kalau anda baru nak bermula, kemungkinan besar anda susah nak menonjol dan mungkin tenggelam dalam banyak persaingan. Kalau anda perasan, nak buat iklan pun dah makin mahal daripada dulu, reach pun jadi rendah disebabkan oleh algorithm facebook yang selalu berubah. Risiko lain pula ialah jika facebook megalami masalah gangguan seperti tiba-tiba down/ bakal ditutup, bisnes anda juga akan kena tempias yang sama. Dan anda kena ingat, facebook, instagram dan whatsapp ni adalah satu company yang sama. Jika satu platform ada masalah, yang lain pun akan terkena juga. Itu akan menjejaskan flow perniagaan online anda. Google a...