Kalau anda nak tulis ayat copywriting / ayat nak menjual tak kisah la kat mana-mana pun, mesti ada formatnya yang anda kena ikut. Anda t ak boleh main tulis macam tu jer. Pening pulak orang yang nak baca tu nanti. Tujuannya supaya apa yang kita tulis tu kemas, tersusun, senang faham. Okay, kat bawah ni saya kongsikan langkah-langkah / format copywriting yang anda boleh ikut. 1) TAJUK UTAMA Biasa kalau anda baca surat khabar, anda mesti akan cari tajuk yang best-best dulu baru anda akan baca sampai habis kan? Tajuk ni ibarat nak tarik perhatian orang la jugak atau mat salleh kata 'first impressions'. So, penting tau benda ni. Anda boleh google macam mana nak cipta tajuk yang best. 2) MASALAH UTAMA Kalau anda jual produk makanan contohnya makanan burger, apa masalah utama orang tentang makanan burger tu? Mungkin masalahnya boleh jadi orang malam-malam lapar nak cari makanan yang simple dan sedap. So, anda ulang banyak kali masalah ni. Se